Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 ditahan di N Sembilan curi penapis air di masjid, jual dalam talian

Jul 4, 2025 | 10:30 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

NILAI (Negeri Sembilan): Polis Malaysia membongkar taktik lima individu mencuri penapis air berjenama di masjid sebelum menjualnya melalui media sosial.

Taktik itu dikesan susulan penahanan lima suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an tahun termasuk empat yang mempunyai disahkan positif dadah dan mempunyai rekod lampau, dalam dua serbuan masing-masing di Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang di Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, mengesahkan penahanan itu dengan tiga laporan polis bersabit kes kecurian mesin penapis air berjenama di tiga masjid sekitar Nilai diterima pada 30 Jun lalu.

Mengulas penahanan itu, beliau berkata tangkapan pertama dilakukan kira-kira 12 tengah hari 3 Julai membabitkan dua suspek utama, sebelum tiga lagi suspek ditahan kira-kira 12.15 tengah hari.

Hasil tangkapan, katanya membawa penemuan dan rampasan barang kes utama iaitu satu mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

“Turut dirampas sebuah kenderaan Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian ketika kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin.

“Siasatan awal mendapati semua suspek menggunakan media sosial untuk mencari pembeli barang curi dan menyasarkan masjid yang kurang pengunjung dan mencuri penapis air yang diletakkan di luar ruang solat,” katanya.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg