Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 penyamun menyamar sebagai polis di M’sia diburu

May 9, 2025 | 5:48 PM
Malaysia, penyamun, polis
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai pelitup muka dan dua daripada mereka memakai vest polis masuk ke rumah mangsa. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TULAR

KAJANG (Selangor): Polis sedang mengesan lima penyamun yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah kediaman di sekitar Semenyih di sini pada 3 Mei.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Naazron Abdul Yusof berkata kejadian 5.02 pagi ketika mangsa seorang pesara berusia 55 tahun berada di rumah bersama tiga ahli keluarga yang lain.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai pelitup muka dan dua daripada mereka memakai ‘vest’ polis masuk ke rumah mangsa.

“Suspek memecah pintu hadapan sebelum masuk dan melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejadian itu tular selepas rakaman CCTV berkenaan dimuat naik di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki yang mana antara mereka ada yang memakai ‘vest’ polis cuba memecah masuk kediaman terbabit dan salah seorang daripada mereka dilihat menendang pintu rumah terbabit, lapor Berita Harian Malaysia.

Mengulas lanjut Encik Naazron berkata kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM9,000 ($2,717) dan satu operasi khas digerakkan bagi menjejak individu-individu terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (merompak berkumpulan) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis.

“Pihak polis menyeru supaya orang awam atau individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg