Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

54 wanita warga asing ditahan di Kedah, pusat urut jadi lokasi kegiatan tak bermoral

Aug 11, 2025 | 11:04 AM
Seramai 54 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan Op Gegar. Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Seramai 54 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan Op Gegar. Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. - Foto BERNAMA

IPOH (Perak): Apa yang kelihatan seperti pusat urut biasa yang menawarkan ketenangan dan rawatan santai rupa-rupanya menjadi topeng kepada kegiatan tidak bermoral.

Itu pendedahan mengejutkan yang terbongkar dalam siri serbuan Imigresen di Ipoh pada malam 10 Ogos.

Operasi yang diketuai Jabatan Imigresen Perak itu membongkar rangkaian pusat kesihatan yang didakwa menawarkan perkhidmatan seks berselindung di sebalik rawatan urut.

Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee, berkata seramai 54 wanita warga asing ditahan dalam serbuan serentak di 13 premis sekitar bandar raya itu.

Tindakan penguatkuasaan yang membabitkan 91 pegawai dari Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dan Selangor itu dijalankan selepas dua minggu pemantauan serta risikan dijalankan, lapor Berita Harian Malaysia.

“Fokus kami adalah membanteras kegiatan tidak bermoral, khususnya yang beroperasi atas alasan menawarkan perkhidmatan urut.

“Antara yang ditahan ialah 48 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan empat warga Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun,” katanya pada sidang media selepas operasi.

Datuk Lee berkata semua wanita berkenaan masuk Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tetapi didapati bekerja secara haram, melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka jelas menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja secara haram, dalam kes ini menawarkan perkhidmatan tidak bermoral,” katanya.

Siasatan awal mendapati perkhidmatan itu dipromosikan di platform media sosial seperti TikTok dan WhatsApp, yang mana pelanggan boleh melihat tawaran dan membuat tempahan sama ada di pusat urut atau kediaman persendirian.

“Hasil siasatan awal juga mendapati harga perkhidmatan haram itu sekitar RM50 ($15.14) hingga RM100.

“Pelanggan tempatan turut berada di premis semasa serbuan dan mereka telah diberikan notis hadir ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, pemilik dan pengusaha premis yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg