Topik diikuti
Pergi ke BHku56 pelawat miliki vape ketika masuk S’pura dalam tempoh 4 hari; lebih 444 peralatan dirampas
56 pelawat miliki vape ketika masuk S’pura dalam tempoh 4 hari; lebih 444 peralatan dirampas
56 pelawat miliki vape ketika masuk S’pura dalam tempoh 4 hari; lebih 444 peralatan dirampas
Lebih 444 vape dan peralatan berkaitan dengannya telah dirampas di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut Singapura antara 20 dengan 23 Julai.
Rampasan tersebut melibatkan 56 kes pelawat yang didapati memiliki vape, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam catatan Facebook pada 24 Julai.
Sekitar 77 peratus kes melibatkan pelawat jangka pendek, dengan baki 23 peratus adalah penduduk Singapura – warga negara, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang, kata ICA.
Penggunaan Vape diharamkan di Singapura.
Mereka yang ditangkap menggunakan vape boleh didenda sehingga $10,000, manakala penjual boleh didenda sehingga $200,000 dan penjara enam tahun.
Penyeludup pula boleh didenda sehingga $300,000 dan dipenjara selama sembilan tahun.
Bagi kes melibatkan warga asing, pelawat jangka pendek yang melakukan kesalahan semula akan diharamkan daripada memasuki semula Singapura, kata ICA.
Begitu juga, pas penduduk jangka panjang yang melakukan kesalahan semula mungkin dibatalkan atas kesalahan kali ketiga. Mereka mungkin dihantar pulang dan diharamkan daripada memasuki semula Singapura.
Pada 20 Julai lalu, akhbar ini melaporkan seorang lelaki warga Singapura ditahan di utara Jakarta pada 17 Julai selepas pihak berkuasa Indonesia menyerbu rumah yang dijadikan makmal memproses vape mengandungi dadah jenis etomidate, atau lebih dikenali sebagai Kpods.
Media tempatan, IDN Times, mengenal pasti suspek berusia 34 tahun itu dengan nama singkatan LHM, yang juga menggunakan alias ‘Hayden’.
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan tersebut termasuk ribuan kartrij atau bekas vape mengandungi dadah yang sedia untuk diedarkan serta peralatan makmal mini yang digunakan untuk menghasilkan etomidate.
Agensi Antara melaporkan bahawa operasi makmal haram dari rumah itu baru sahaja bermula sehari sebelum serbuan dijalankan.