Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 ditahan, peranti dan cecair vape lebih RM1.2j dirampas di Johor

Aug 8, 2025 | 5:52 PM
Serbuan melalui operasi bersepadu di beberapa daerah di Johor, dengan enam ditahan dan pelbagai peranti serta cecair rokok elektronik atau vape bernilai lebih RM1.2 juta dirampas.
Serbuan melalui operasi bersepadu di beberapa daerah di Johor, dengan enam ditahan dan pelbagai peranti serta cecair rokok elektronik atau vape bernilai lebih RM1.2 juta dirampas. - Foto PGA

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu dan merampas pelbagai peranti serta cecair rokok elektronik atau ‘vape’ bernilai lebih RM1.2 juta ($363,964) dalam operasi bersepadu di beberapa daerah di Johor pada 6 Ogos lalu.

Selain daerah ini, operasi bersepadu yang turut dijalankan bersama beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan (KKM) Cawangan Batu Pahat dan Johor Bahru itu juga membabitkan kawasan sekitar Batu Pahat, Yong Peng dan Ayer Hitam.

Pegawai Memerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Salehin Suleiman, berkata enam yang ditahan itu semuanya membabitkan warga tempatan berusia antara 20 hingga 39 tahun.

“Dalam operasi berkenaan, kita rampas 5,215 unit peranti ‘vape’ dan 13,968 unit cecair ‘vape’.

“PBT turut mengeluarkan enam notis sitaan ke atas semua premis yang diperiksa kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perniagaan sah bagi penjualan peranti dan cecair ‘vape’.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1.219 juta dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada oleh pihak polis bersama agensi berkaitan,” katanya melalui kenyataan pada 8 Ogos, lapor Berita Harian Malaysia.

Encik Salehin berkata kerjasama antara PGA, PBT dan penguat kuasa kesihatan akan terus diperkukuh bagi membanteras kegiatan penjualan rokok elektronik yang semakin membimbangkan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyimpanan atau penjualan peranti ‘vape’ digesa menyalurkannya kepada pihak polis melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg