Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

76% rakyat M’sia pernah jadi mangsa penipuan: Tinjauan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

76% rakyat M’sia pernah jadi mangsa penipuan: Tinjauan

Dec 20, 2023 | 04:09 PM



KUALA LUMPUR: Lebih dua pertiga atau 76 peratus rakyat Malaysia, pernah menjadi mangsa penipuan atau ‘scam’.


Dalam kaji selidik terbaru firma penyelidikan pasaran antarabangsa, Ipsos, mendapati 51 peratus daripada jumlah itu menjadi mangsa sindiket penipuan dalam tempoh tiga bulan lalu; 26 peratus dalam tempoh sebulan lalu dan 14 peratus dalam tempoh seminggu lalu.

Laporan Ipsos bertajuk Penipuan di Malaysia itu berdasarkan tinjauan pada 29 hingga 30 November terhadap 1,000 orang di negara ini.


Menurut Ipsos, panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp adalah dua platform paling popular yang digunakan oleh penipu untuk menjerat mangsa.

Daripada 762 orang yang menyertai kaji selidik itu, 56 peratus mengakui pernah mengalami pengalaman ditipu menerusi panggilan telefon, manakala 54 peratus mangsa terjerat menerusi penipuan di aplikasi WhatsApp.

“Seramai 31 peratus mangsa lagi menjadi mangsa penipuan menerusi Facebook, 30 peratus melalui Telegram dan 29 peratus adalah menerusi teks Sistem Pesanan Ringkas (SMS),” kata tinjauan itu, lapor Malay Mail pada 19 Disember.


Menurut Ipsos, kurang separuh daripada mangsa mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa, dengan minoriti hanya mendiamkan diri tanpa mengambil sebarang tindakan untuk melaporkan penipuan itu kepada pihak berkuasa.

“Dengan saiz sampel 1,000 orang, hanya 48 peratus daripada 657 responden yang menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian kewangan atau hampir menjadi mangsa penipuan tetapi menyedarinya sebelum sebarang kerugian kewangan berlaku, melaporkannya kepada pihak berkuasa, manakala 12 peratus tidak mengambil sebarang tindakan.

“Sejumlah 39 peratus memberi maklum balas dengan menghubungi bank, mendapatkan bantuan daripada rakan atau ahli keluarga (36 peratus) dan 25 peratus memuat naik di media sosial.

“Ada yang memfailkan aduan dengan agensi perlindungan pengguna (23 peratus) atau berunding dengan peguam atau penasihat undang-undang (10 peratus),” kata tinjauan itu.

Kajian itu juga mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima majoriti laporan penipuan dengan 62 peratus.

Walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara pihak berkuasa awal yang sepatutnya menerima laporan, jumlah laporan kepada agensi tersebut tidak banyak berbanding PDRM dengan masing-masing merekodkan 26 peratus, 24 peratus dan 20 peratus.

Ketua Bahagian Kecemerlangan Kreatif, Ipsos Malaysia, Encik Kuan Sawu Fang, berkata dengan jumlah mangsa penipuan yang tinggi, ia juga membabitkan jumlah kerugian wang yang besar dan merugikan mangsa.

“Jenayah penipuan kini mengeksploitasi ruang digital dan ia menandakan peralihan dalam taktik jenayah yang menjejaskan kesihatan ekonomi negara secara menyeluruh.

“Walaupun peranan penguatkuasaan undang-undang adalah kritikal, orang ramai juga perlu diperkasa dengan pendidikan dan perlindungan digital lanjutan.

“Keputusan kerajaan Malaysia untuk menambah peruntukan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ialah langkah proaktif yang meyakinkan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >