Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iklan pelaburan palsu guna nama, foto mantan Mufti

Dec 17, 2023 | 1:54 PM
MAKLUMAT PALSU: Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram memaklumkan pengikutnya di media sosial tentang iklan pelaburan yang secara palsu mempamerkan dirinya sebagai penasihat.
MAKLUMAT PALSU: Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram memaklumkan pengikutnya di media sosial tentang iklan pelaburan yang secara palsu mempamerkan dirinya sebagai penasihat. - Foto fail

Mantan Mufti, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram, memaklumkan pengikutnya di media sosial tentang iklan pelaburan ‘halal’ dalam talian yang secara palsu mempamerkan dirinya sebagai penasihat.

Dr Fatris, yang berkhidmat sebagai mufti ketiga Singapura dari 2011 hingga 2020, berkata dalam catatan Facebook pada 15 Disember bahawa perbuatan itu adalah “tidak beretika” kerana gambar dan namanya digunakan tanpa pengetahuan dan kebenarannya sama sekali.

“Ingin saya menegaskan bahawa saya bukan penasihat kepada syarikat pelaburan seperti yang tertera di dalam iklan ini. Apatah lagi ditonjolkan kononnya sebagai ‘Pafa Top Advisor 2023’!”

Beliau menambah: “Amat dikesalkan apabila sebuah syarikat yang mendakwa sebagai sebuah agensi pelaburan halal mengeksploitasi nama dan gambar saya tanpa pengetahuan atau keizinan saya sama sekali. Amat tidak beretika!”

TANPA IZIN: Gambar mantan Mufti dalam satu iklan pelaburan dalam talian digunakan tanpa izin dan pengetahuannya.
TANPA IZIN: Gambar mantan Mufti dalam satu iklan pelaburan dalam talian digunakan tanpa izin dan pengetahuannya. - Foto INSTAGRAM FATRIS BAKARAM

Dalam tangkap layar Dr Fatris mengenai siaran tajaan oleh halaman yang dipanggil ‘Halal Investment Agent’, beliau digambarkan sebagai “penasihat tertinggi Pafa 2023”.

Iklan dengan imejnya membawa kapsyen “melabur dengan bijak, meminimumkan risiko, memaksimumkan ganjaran” dan termasuk janji seperti kadar kejayaan 100 peratus dalam perdagangan salinan, kawalan penuh dan keterlihatan serta pematuhan syariah.

Siaran Halal Investment Agent yang dipaparkan dalam tangkap layar Dr Fatris masih disiarkan pada tengah hari 17 Disember, dengan tarikhnya menunjukkan ia disiarkan pada 13 Disember. Halaman itu mempunyai 1,100 pengikut.

Carian di Facebook juga mendapati sebuah syarikat bernama Pafa Financial Advisory, mempunyai logo serupa dengan Halal Investment Agent.

Pafa digambarkan di halamannya sebagai syarikat pengurusan pelaburan dan insurans, yang mempunyai 11,000 pengikut di Facebook.

Berita Harian juga telah menghubungi Dr Fatris dan Pafa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

TIDAK BERETIKA: Dr Fatris Bakaram menyifatkan perbuatan menggunakan nama dan fotonya untuk iklan pelaburan tanpa izinnya sebagai tidak beretika.
TIDAK BERETIKA: Dr Fatris Bakaram menyifatkan perbuatan menggunakan nama dan fotonya untuk iklan pelaburan tanpa izinnya sebagai tidak beretika. - Foto INSTAGRAM FATRIS BAKARAM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg