Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

80 jemaah haji M’sia terkandas di KLIA, gagal berlepas ke tanah suci susulan guna visa pelancong

Jun 4, 2025 | 12:46 AM
Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan pasukan bertindak (task force), berikutan menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu.
Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan pasukan bertindak (task force), berikutan menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu. - Foto hiasan

PUTRAJAYA: Hasrat kira-kira 80 jemaah untuk berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji terbantut apabila mereka dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Jun.

Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan pasukan bertindak (task force), berikutan menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Penasihat undang-undang yang juga aktivis Mind Pro Management, Ena Ewil, berkata berdasarkan siasatan awal pihaknya, jemaah berkenaan dijanjikan visa mujamalah, namun gagal mendapatkannya sebelum diberikan visa pelancong.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan oleh jemaah bahawa mereka dijanjikan visa mujamalah untuk ke tanah suci, namun disebabkan masalah teknikal pada sistem Nusuk, visa terbabit tidak dapat dikeluarkan.

“Pihak agensi pelancongan yang terbabit tetap memilih untuk menerbangkan jemaah menggunakan visa pelancong,” katanya ketika dihubungi pada 3 Jun.

Ena berkata tindakan agensi pelancongan berkenaan menggunakan visa pelancong untuk menerbangkan jemaah ke tanah suci menyebabkan kumpulan itu ditahan pasukan petugas khas di KLIA.

“Difahamkan, seramai 80 jemaah dan dua wakil syarikat ditahan untuk siasatan.

“Berdasarkan maklumat awal, wakil syarikat turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkenaan kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg