Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘9 Ahli Parlimen PKR mesti sedia tanggung akibat jika Kerajaan Madani tumbang’

Jul 8, 2025 | 4:22 PM
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

Tindakan sembilan Ahli Parlimen (AP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kehakiman boleh membawa kesan besar termasuk menyebabkan kejatuhan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kerajaan pimpinannya.

AP Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim, berkata gesaan itu menggambarkan seolah-olah sembilan AP terbabit yang diketuai bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Anwar selaku Perdana Menteri dan Presiden PKR.

Katanya, RCI hanya boleh ditubuhkan sekiranya Datuk Anwar dan Kabinet bersetuju, dan jika diteruskan, Datuk Anwar akan menjadi suspek utama yang perlu disiasat suruhanjaya itu kerana beliau mempunyai kuasa dalam pelantikan hakim seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa persetujuan Perdana Menteri dan Kabinet, tuntutan sembilan AP ini akan hanya memburukkan lagi imej Datuk Anwar dan kerajaan Madani. Apa yang dilakukan sekarang seperti meletakkan leher Anwar di bawah guillotine (pemotong),” katanya dalam satu kenyataan media pada 8 Julai.

Encik Hassan bagaimanapun mengakui isu kehakiman yang dibangkitkan itu sah, mempunyai merit dan mendapat sokongan rakyat, namun mempersoalkan sama ada sembilan AP berkenaan bersedia menghadapi risiko kejatuhan kerajaan sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai radikal dan progresif dalam sistem Parlimen demokrasi, tetapi pada masa sama memperlihatkan berlakunya pemberontakan dalaman dalam PKR yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Datuk Anwar kini berada dalam kedudukan ‘defensive’, manakala kerajaan Madani pula dilihat semakin lemah dan kehilangan integriti dengan kemunculan isu kehakiman ini. Adakah sembilan AP itu hanya menuntut reformasi demi prinsip atau untuk mencabar kepimpinan Datuk Anwar?” soal Encik Hassan.

Tambahnya, tindakan itu menunjukkan ada dalam kalangan pemimpin dan wakil rakyat PKR yang sudah hilang sabar serta kepercayaan terhadap arah tuju kerajaan yang dianggap terlalu banyak berkompromi sehingga menimbulkan persepsi hipokrasi.

“Ini adalah cabaran paling serius, paling sengit dan berani terhadap kepimpinan Datuk Anwar sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti oleh AP-AP kanan sendiri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Datuk Anwar perlu segera menangani gesaan itu secara bijaksana sebaik kembali dari lawatan luar negara, memandangkan penentangan daripada barisan AP kerajaan bukan isu remeh.

“Namun begitu, saya secara peribadi masih yakin dan akan terus mempertahankan kepimpinan Datuk Anwar sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Madani yang diterajui beliau,” tegas Encik Hassan.

Terdahulu, sekumpulan AP PKR menggesa penubuhan satu RCI untuk menyiasat dakwaan mengenai kontroversi pelantikan Ketua Hakim Malaysia, selain memohon Datuk Anwar, dipanggil Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen bagi menjelaskan isu itu.

Datuk Rafizi, AP Pandan dan juga mantan Menteri Ekonomi, berkata gesaan itu didorong kebimbangan melihat kemelut institusi kehakiman sekarang mirip kepada skandal video peguam VK Lingam, pada 2007, iaitu cubaan mempengaruhi lantikan hakim dan keputusan kes mahkamah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg