Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Adik titiskan air mata lihat abang sanding

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Adik titiskan air mata lihat abang sanding

Mar 04, 2024 | 08:08 PM



MELAKA: Pepatah air dicincang tidak akan putus memang sinonim dengan kisah hubungan Ryan Nur Arief Abdullah bersama abangnya.


Apa tidaknya, remaja berusia 14 tahun itu, terisak-isak menangis tatkala melihatkan si abang duduk semeja bersama pasangan hidupnya dan makan semeja sebagai pengantin.

Keakraban hubungan Ryan dengan abangnya itu dikongsi kepada media tempatan selepas video menunjukkan anak muda itu menangis di majlis persandingan abang ketiganya, Encik Muhammad Fariez Aiman, 21 tahun, yang tular di media sosial.

Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok chematsolar, atau nama sebenar Mohammad Mahsus Harman, pada 25 Februari dan kini mempunyai lebih 1.8 juta tontonan.







Daripada catatan video itu, dapat dilihat Ryan tunduk sambil menangis di meja makan sambil mengesat air matanya.

Ryan, anak bongsu dalam kalangan lima beradik, berkata: “Saya sebak sejak majlis pernikahan sebelum gagal mengawal perasaan dan menangis ketika bersalaman dengan Aish (nama gelaran abang ketiga) ketika di pelamin.

“Saya gembira Aish mendirikan rumah tangga, tetapi saya juga sedih kerana rasa seperti ‘kehilangan’ bukan saja abang, tetapi sahabat baik sejak kecil.”

Dia menambah bahawa hubungannya amat rapat dengan Encik Fariez, malah mereka tidur bersama di ruang tamu sejak dia berusia lima tahun.

Hubungan erat inilah yang membuatnya begitu sebak pada majlis persandingan yang diadakan di Tanjung Minyak – iaitu sebelah keluarga pengantin perempuan – pada 24 Februari .

“Saya bukan tak suka atau tidak gembira Aish kahwin. Saya gembira dengan perkahwinannya, malah mendoakan dia sentiasa bahagia.

“Aish layan saya dengan baik dan selalu belanja saya makan apabila dia dapat gaji.

“Kami selalu juga bergaduh, tetapi hubungan kami baik. Itu membuatkan saya sedih, malah selepas ini dia juga berpindah dan tinggal bersama isteri,” jelas Ryan.

Perasaan sedih sejak majlis akad nikah, yang diadakan pada sebelah pagi 24 Februari, dan kemudian tangisan ketika bersalaman dengan abangnya di pelamin ‘terbawa-bawa’ hingga ke meja makan, ujarnya.

Mentelah dia tidak tahu-menahu tentang rakaman video yang menunjukkan dia menangis dan “segan apabila video itu mendapat perhatian di TikTok”.

“Tetapi saya okay sebab ia perasaan saya sebagai adik yang rapat dengan abang,” tambahnya.

Ibunya, Cik Scha Sheikha, berkata beliau bersyukur dan gembira melihat hubungan baik dan erat semua anaknya.

Beliau turut akur hubungan Ryan dan Encik Fariez rapat sejak kecil.

“Mereka lebih suka tidur di ruang tamu kerana lapang selain bilik penuh. Hubungan mereka baik dan abangnya suka menyakat adik setiap hari tetapi kalau Ryan ajak ke kedai memang abang turuti,” jelasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >