Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta S’pura dibawa arus banjir bila JB ditimpa hujan lebat pada Rabu

Dec 8, 2023 | 9:38 AM
AKIBAT BANJIR: Sebuah kereta Mercedes yang mempunyai nombor plat Singapura kelihatan dibawa arus banjir berhampiran pusat beli-belah KSL City Mall.
AKIBAT BANJIR: Sebuah kereta Mercedes yang mempunyai nombor plat Singapura kelihatan dibawa arus banjir berhampiran pusat beli-belah KSL City Mall. - Foto TIKTOK/zailaniismail

Cuaca hujan lebat melanda Johor Bahru pada 6 Disember hingga menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi.

Daripada sekolah yang menghadapi gangguan dek paras air tinggi, kepada kenderaan yang tidak dapat bergerak di jalan raya, salah satu kejadian malang melibatkan sebuah kereta mewah yang mempunyai nombor plat Singapura yang dilihat ‘terapung’ ekoran banjir itu.

Dalam beberapa video diterbit di media sosial, kereta Mercedes-Benz C-180 berwarna merah itu kelihatan separuh tenggelam dan dibawa arus air di sebuah jalan raya.

Tinjauan Berita Harian (BH) menerusi peta Google mendapati kejadian berkenaan berlaku di Jalan Dato Sulaiman berhampiran pusat beli-belah KSL City Mall.

View post on TikTok

Beberapa video lain diterbit pengguna media sosial juga menunjukkan kenderaan terjejas banjir di beberapa kawasan tertentu dan terpaksa dipandu dengan perlahan.

Menukil laporan media tempatan, hujan lebat yang berlaku pada 6 Disember telah menyebabkan banjir kilat di sebanyak 25 lokasi di Johor Bahru.

Lantaran itu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengerahkan sebuah pasukan bertindak pada 2 petang selepas menerima panggilan berkenaan banjir kilat itu.

Pihak itu juga melaporkan beberapa laluan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kenderaan terperangkap di beberapa lokasi dan ia telah bertindak memberi bantuan pengalihan kepada kenderaan tertentu yang terjejas, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada 7 Disember, Sinar Harian melaporkan bahawa hujan lebat luar biasa yang berlaku serentak dengan air pasang besar menjadi antara punca banjir kilat di beberapa kawasan di bandaraya Johor Bahru pada hari sebelumnya itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg