Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih 5,000 mangsa banjir terjejas di Kelantan, keadaan semakin runcing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lebih 5,000 mangsa banjir terjejas di Kelantan, keadaan semakin runcing

Dec 18, 2023 | 05:19 PM



Keadaan banjir di Kelantan semakin meruncing dengan jumlah mangsa meningkat kepada 5,317 orang setakat 3 petang 18 Disember, manakala banjir di Terengganu, Selangor dan Perak semakin surut.

Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir yang menjejaskan daerah Pasir Mas di Kelantan, menyebabkan lebih 5,000 mangsa daripada 1,699 keluarga terpaksa dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Terengganu pula, hanya sembilan PPS masih dibuka yang menempatkan 680 mangsa di daerah Dungun, Marang dan Setiu.

Perak dan Selangor pula masing-masing menyaksikan hanya satu PPS masih beroperasi dengan 85 mangsa daripada 24 keluarga terjejas di Hilir Perak, dan 23 mangsa daripada lima keluarga di Klang, Selangor.

Dalam kejadian berasingan iaitu banjir kilat yang berlaku di Kluang, Johor pada 13 Disember lalu, seorang bekas komando yang dihanyutkan banjir di dalam parit berhadapan bangunan Persatuan Eng Choon di Jalan Ismail, ditemukan mati lemas kira-kira 5 petang, 17 Disember.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian veteran tentera ditemukan di kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, Kluang, sebelum disahkan ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya (AC) Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa dijumpai dalam radius pencarian kira-kira tujuh kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian berdekatan Taman Pelangi.

“Dipercayai mangsa hanyut dibawa arus ke kebun kelapa sawit berkenaan yang terletak kira kira 500 meter dari Sungai Melantai,” katanya dalam kenyataan di Facebook Polis Daerah Kluang, pada 17 Disember.

Kata AC Bahrin, kehilangan mangsa hanya diketahui selepas polis yang menerima aduan daripada keluarga mangsa membuat siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata sebelumnya mangsa dilihat berjalan mengharungi air banjir kilat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan meramalkan monsun dijangka berlaku sehingga 23 Disember yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung.

Menurut Met Malaysia, Lekukan Tropika Jelawat kini berada di tenggara Filipina dan dijangka bergerak ke barat merentasi Laut Sulu dan seterusnya ke Laut China Selatan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di Sabah. Sementara di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi Met Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >