Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Agong M’sia murka isu stoking ada kalimah Allah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong M’sia murka isu stoking ada kalimah Allah

Mar 19, 2024 | 05:02 PM



Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki (stoking) yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka di Lembah Klang.

Rasa dukacita itu disuarakannya sambil memberi peringatan bahawa beliau memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara, termasuk kesucian Islam.

Menurutnya, sewaktu berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen pada 26 Februari lalu, beliau mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja (3R).

Justeru, beliau mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu berkenaan berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam ucapan sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” katanya dalam kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 19 Mac.

Sultan Ibrahim berkata adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

“Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi,” kata Agong, yang juga Ketua Agama Islam bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Dalam satu lagi kenyataan, beliau turut memberi peringatan akan mula melaksanakan cara pemerintahannya yang sebenar sebaik selesai tempoh ‘bulan madu’.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak Menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ ini… saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” katanya.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking bercetak kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, Selangor, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna di laman sosial.

Perkara itu menyentak sensitiviti umat Islam di Malaysia disebabkan kalimah Allah adalah sesuatu yang sangat tinggi buat umat Islam dan tindakan pihak tidak bertanggungjawab meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan dan tidak boleh diremehkan.

Susulan kejadian itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai, membuat permohonan maaf kepada umat Islam di Malaysia dan menyesali kesilapan itu yang didakwanya tidak disengajakan berikutan stoking berkenaan diborong secara pukal dari luar negara.

Bagaimanapun, ia tidak meredakan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Setakat ini 13 laporan polis sudah dibuat dengan dua kertas siasatan telah dibuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >