Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Agama M’sia: Bertenang, biar pihak berkuasa siasat isu stoking

Mar 18, 2024 | 10:38 AM
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melahirkan rasa dukacita dengan isu penjualan stoking dengan kalimah ‘Allah’ sambil berkata ia tidak boleh diremehkan.
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melahirkan rasa dukacita dengan isu penjualan stoking dengan kalimah ‘Allah’ sambil berkata ia tidak boleh diremehkan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menggesa umat Islam di negara itu supaya bertenang dan membiarkan pihak berkuasa menyiasat isu stoking yang kontroversi.

“Beri kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menentukan punca sebenar dan saya harap mereka yang terlibat tidak mengulangi perkara ini selepas permohonan maaf mereka, serta melibatkan isu 3R (kaum, agama, royalti),” katanya.

Dr Na’im berkata pihak KK Super Mart dan vendor yang terlibat dalam penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ mesti mengambil iktibar daripada perkara itu, sambil menambah bahawa isu itu sangat sensitif, lebih-lebih lagi pada Ramadan mulia ini.

Beliau juga melahirkan rasa dukacita dengan isu penjualan stoking tersebut, sambil berkata terdapat pihak yang menyatakan jangan terlalu sensitif berkenaan isu itu, namun disebabkan kalimah Allah itu sesuatu yang sangat tinggi di mata umat Islam.

Beliau berkata meletakkan kalimah Allah di kaki adalah satu penghinaan dan isu itu juga tidak boleh diremehkan.

“Syarikat yang bertanggungjawab sudah menghantar permohonan maaf mereka atas apa yang terjadi dan kemaafan itu kita harap tidak akan berulang pada masa depan.

“Perkara sensitif membabitkan umat Islam sukar untuk dimaafkan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan syarikat terbabit serta pemborong perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku,” katanya selepas ditemui media di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 17 Mac.

Pihak pengurusan kedai itu telah memohon maaf semasa satu sidang media pada 16 Mac atas kelalaian menjual stoking yang tertera kalimah Allah padanya. – The Star, BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg