Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki M’sia hina kalimah Allah disiasat polis

Mar 19, 2024 | 3:07 PM
Lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di laman sosial dipanggil Polis Kota Kinabalu, Sabah, untuk disiasat.
Lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah di laman sosial dipanggil Polis Kota Kinabalu, Sabah, untuk disiasat. - Foto BHM

KOTA KINABALU: Polis sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah pada 18 Mac, untuk siasatan.

Lelaki terbabit yang menggunakan akaun Facebook bernama Ricky Shane CA, dikesan memuat naik kata-kata penghinaan itu dalam ruangan komen pada pautan berita dalam talian terbitan New Strait Times (NST) mengenai stoking tertera kalimah Allah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah, Penolong Pesuruhjaya Mohd Zaidi Abdullah, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Lelaki terbabit sudah dipanggil ke balai polis untuk pertanyaan awal. Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Sementara itu orang ramai yang mengetahui identiti lelaki terbabit, dilihat cuba mencari suspek di kediamannya dipercayai untuk bertanya punca beliau menulis komen yang menyakiti hati umat Islam itu.

Satu video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu menunggu suspek di luar pintu masuk ke lobi lif sebuah kondominium yang menjadi tempat suspek tinggal di bandar raya ini.

Pintu masuk ke lobi itu bagaimanapun dikawal pihak keselamatan, sebelum kumpulan terbabit bersurai apabila kelihatan suspek memasuki lif.

Dalam video itu juga kedengaran suara orang bercakap yang mengatakan bahawa beliau tidak dapat menerima perbuatan suspek walaupun sudah meminta maaf.

Menerusi satu lagi hantaran di media sosial, suspek terbabit memuat naik permohonan maaf kepada umat Islam atas segala komen dan apa yang ditulisnya.

Beliau juga mengaku sebagai seorang mualaf yang baru dua tahun memeluk Islam dan masih perlu belajar banyak perkara lagi berkaitan agama itu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak melakukan apa-apa bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama atau kepercayaan yang diamalkan masyarakat di negara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg