Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Agong: Tugas utama menteri ialah khidmat pada negara, rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong: Tugas utama menteri ialah khidmat pada negara, rakyat

Jan 25, 2024 | 01:24 PM



PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Malaysia telah menghantar surat kepada jemaah menteri Kabinet, mengingatkan mereka bahawa tugas paling utama ialah berkhidmat kepada negara dan rakyatnya.


Sultan Abdullah Ahmad Shah yang menulis nasihat kepada menteri, menyatakan bahawa mereka tidak harus memikirkan tentang jawatan, kepentingan peribadi atau harta benda semasa berkuasa, kata jurucakap kerajaan Malaysia, Encik Fahmi Fadzil.

Encik Fahmi, yang juga Menteri Perhubungan, berkata surat itu diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa pertemuan pra-Kabinet bersama Agong pada 23 Januari di Istana Negara, pertemuan terakhir seumpama itu semasa pemerintahan Agong.

“Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menghantar surat kepada kami yang dibacakan oleh Perdana Menteri pada permulaan mesyuarat Kabinet,” katanya, lapor The Star.


Sultan Abdullah, kata Encik Fahmi lagi, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, mantan perdana menteri dan jemaah menteri yang telah berkhidmat selama lima tahun semasa beliau menjadi Agong.

Tempoh beliau sebagai Agong ke-16 akan berakhir pada 30 Januari, selepas itu beliau akan kembali ke Pahang untuk menyambung tugasnya sebagai Sultan negeri itu.​ Peranan itu kini dikendalikan putera sulungnya.

Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Sejak menjadi Agong, Sultan Abdullah telah menghadiri 160 mesyuarat pra-Kabinet dengan empat perdana menteri berlainan – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Anwar.

Mesyuarat pra-Kabinet pertama yang dihadiri Agong adalah pada 13 Februari 2019.

Mengenai pertemuan pra-Kabinet Agong bersama Datuk Anwar pada 23 Januari, pihak Istana Negara berkata sesi mesyuarat itu cukup istimewa buat kedua-dua pemimpin, khususnya kepada Sultan Abdullah sebelum Agong menamatkan tempoh pemerintahan berakhir 30 Januari ini.

Istana Negara menambah, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara kegiatan mingguan atau rutin utama beliau untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkaitan urusan dan isu berkaitan kerajaan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebelum ini dilantik Majlis Raja-Raja sebagai Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari.

Majlis tersebut juga bersetuju melantik Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga selama lima tahun dan bermula pada tarikh yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >