Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Agong M’sia, Permaisuri jadi penyampai berita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong M’sia, Permaisuri jadi penyampai berita

Jan 18, 2024 | 01:06 PM



Seluruh rakyat Malaysia teruja apabila buat julung kalinya dapat menyaksikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menyampaikan berita di kaca televisyen.

Pasangan diraja berkenaan memenuhi slot eksklusif Buletin Diraja yang disiarkan di Buletin Utama TV3 pada 8 malam 17 Januari.

Penampilan istimewa Sultan Abdullah dan Tunku Azizah itu mengundang pelbagai reaksi penonton yang memuji dan seronok mengikuti secara langsung aksi mereka yang bersahaja dan saling mengusik ketika bersiaran.

“Eh macam kenal saja ni?,” seloroh Tunku Azizah selepas Sultan Abdullah selesai membacakan berita terkait laporan kunjungan mereka ke pusat media berkenaan.

“Ha ya macam kenal,” balas Sultan Abdullah sambil mereka berdua ketawa.

Terdahulu, mereka berdua berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Dalam lawatan berkenaan, mereka berdua diberi taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek FM, Fly FM dan Eight FM.


Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.


Ketibaan mereka disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Encik Rafiq Razali; dan pengurusan kanan Media Prima Berhad.

Terdahulu ketika bersiaran di konti Hot FM, Sultan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang mereka menunaikan amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia selama lima tahun.

“Sebelum kami berundur, saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menerima kami berdua dan keluarga untuk memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun.

“Sampai masa untuk kami berundur hujung bulan ini (Januari) dan saya ucap terima kasih kepada semua rakyat. Syukur alhamdulillah atas semua penerimaan yang baik sekali terhadap kami sekeluarga,” katanya yang mengundang sayu pendengar.

Sultan Abdullah bakal menamatkan pemerintahannya sebagai Agong ke-16 berkuat kuasa 30 Januari 2024, selepas memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, akan mengambil alih tempat beliau sebagai Agong ke-17.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >