Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ahli PAS mohon maaf kerana enggan tadah tangan doa buat sultan, Agong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ahli PAS mohon maaf kerana enggan tadah tangan doa buat sultan, Agong

Apr 15, 2024 | 02:42 PM



JOHOR BAHRU: Seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang didakwa memuat naik hantaran di Facebook berhubung ‘doa buat sultan/Yang di-Pertuan Agong’ pada 12 April, Encik Hezry Yasin, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia memberi kerjasama jika disiasat pihak berkuasa.


Encik Hezry berkata beliau terkejut dan tidak menyangka muat naik berkaitan isu doa buat sultan atau Agong itu tular sehingga dikritik pelbagai pihak sebagai biadap.

“Jujur saya tidak terkata, saya mohon maaf atas kekhilafan saya. Penulisan ini adalah pandangan peribadi saya sendiri, sungguh, memang langsung tak ada niat menghina institusi diraja.

“Cuma sekadar pandangan daripada diri sendiri. Apa-apa pun, sekali lagi saya mohon maaf buat semua,” katanya dalam muat naik di akaun Facebooknya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Dalam catatannya yang dipercayai sudah dipadamkan, Encik Hezry antara lain berkata beliau tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk sultan dan Agong ketika solat Jumaat di Johor.

Beliau juga dilaporkan mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.

Pada 14 April, Pemuda Umno dilaporkan akan membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dibuat ke atas Encik Hezry yang didakwa menghina Agong.

Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Saleh, dilaporkan berkata hantaran di Facebook tersebut dianggap satu tindakan melampau dan keterlaluan.

Pada 15 April, Pemuda Umno Johor dilaporkan mengarahkan 26 bahagian sayap itu di negeri ini membuat laporan polis.


Dalam pada itu, Encik Hezry berkata beliau bersedia memberi kerjasama terhadap mana-mana pihak susulan kontroversi isu berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >