Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Amaran cuaca panas di utara M’sia dan Sabah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Amaran cuaca panas di utara M’sia dan Sabah

Mar 14, 2024 | 01:04 PM



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia, selain Sabah.


MetMalaysia memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.

Menurut MetMalaysia, suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Cuaca panas melampau atau El Nino ini memberi kesan serius terhadap sektor pertanian di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata kadar hujan yang amat rendah pada Januari dan Februari lalu sekitar 80 milimeter, memberi kesan kepada tanaman dan pengurusan tanah untuk pertanian, menyebabkan hasil pertanian berkurangan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata cuaca panas juga telah menyebabkan air dalam tanah tersejat dengan lebih cepat menyebabkan tanah menjadi kering, kelembapan rendah dan sukar untuk ditembusi akar tanaman.

“Cuaca panas dan kemarau berpanjangan memberikan cabaran besar untuk pengeluaran makanan bagi keterjaminan makanan di Sabah.

“Kekurangan hujan dan paras air di saliran berkurangan 10 hingga 40 peratus memberi kesan kepada pertanian, penternakan, akuakultur, dan pengeluaran getah,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Jeffrey berkata terdapat beberapa sungai di lima daerah di Sabah iaitu Kota Belud, Keningau, Membakut, Tambunan dan Kota Marudu, berdepan penurunan paras air yang agak kritikal, antaranya Sungai Padas di Beaufort pada paras 2.58 meter berbanding paras normal 4.5 meter, sebelum ini.

Beliau berkata beberapa langkah telah diambil bagi menangani keadaan itu, antaranya menangguhkan kegiatan pertanian tertentu dan penggunaan jenis tanaman yang memerlukan kurang air atau boleh bertahan ketika musim kemarau.

Sementara itu di Sik, Kedah, fenomena El Nino menyebabkan kebakaran hutan di Hutan Simpan Chebar Besar melibatkan kawasan seluas kira-kira 10 hektar dan pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >