Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anak Mahathir diberi tempoh 30 hari isytihar semua hartanya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anak Mahathir diberi tempoh 30 hari isytihar semua hartanya

Jan 19, 2024 | 04:05 PM



PUTRAJAYA: Ahli perniagaan, Encik Mirzan Mahathir, diberi tempoh 30 hari untuk mengisytiharkan semua hartanya, sama ada di dalam atau di luar negara, kata badan siasatan rasuah negara.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mengesahkan bahawa agensi itu, sejak Ogos 2022, mula menyiasat semua entiti yang dinamakan dalam Pandora Papers serta Panama Papers.


Mengenai Encik Mirzan, SPRM berkata ahli perniagaan itu dipanggil untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Encik Mirzan adalah anak kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

SPRM berkata ahli perniagaan itu hadir di ibu pejabatnya di sini pada 9.30 pagi Rabu dan notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM diserahkan kepadanya.

“Notis itu memerlukan (Mirzan) mengisytiharkan semua aset dalam miliknya, sama ada berada di luar negara atau di sini (dalam negara).

“Tempoh 30 hari itu adalah dari tarikh notis,” kata SPRM dalam satu kenyataan pada 18 Januari, lapor The Star.


SPRM berkata arahan itu adalah lanjutan kepada siasatan yang sedang dijalankan, berhubung maklumat yang terkandung dalam Panama Papers.


Agensi itu berkata ia juga melihat aktiviti perniagaan Encik Mirzan yang berkaitan dengan penjualan dan pembelian syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.

Siasatan sedang dijalankan di bawah Akta SPRM serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Mengenai siasatannya berhubung entiti itu, SPRM berkata ia, setakat ini, telah memanggil 10 saksi untuk keterangan mereka direkodkan.

“SPRM juga sedang mengkaji dokumen kewangan dan aset entiti yang disenaraikan dalam dua laporan itu,” katanya.

Pandora Papers dan Panama Papers ialah satu kebocoran data yang memetik pembukaan akaun luar pesisir yang melibatkan bekas dan pemimpin masa kini di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Beberapa ahli politik Malaysia dinamakan dalam dua kertas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >