Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anak bekas PM M’sia disiasat agensi cegah rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anak bekas PM M’sia disiasat agensi cegah rasuah

Jan 18, 2024 | 01:22 PM



KUALA LUMPUR: Seorang anak bekas perdana menteri Malaysia sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung kegiatan perniagaannya pada akhir 1990-an.


Siasatan itu difahamkan terhadap syarikat kepunyaan individu berkenaan yang didakwa membeli satu anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan SPRM juga akan memanggil individu berkenaan pada 18 Januari untuk mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.


Sumber BHM memaklumkan, anak bekas perdana menteri itu dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat SPRM untuk diserahkan satu notis pengisytiharan harta.

“Siasatan menghendakinya mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara secara bertulis,” lapor BHM pada 17 Januari.

Pada Januari, SPRM sudah pun memanggil individu itu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan salah laku rasuah serta penyelewengan.

Menurut sumber, siasatan ketika ini dibuat berdasarkan dakwaan syarikat kepunyaan individu berkenaan membeli satu anak syarikat GLC selaras dasar penswastaan pada waktu itu.

Namun, menurut sumber itu lagi, dalam tempoh tertentu, syarikat berkenaan dijual kepada satu syarikat gergasi GLC dengan keuntungan ratusan juta ringgit.

Carian BHM mendapati individu berkenaan sebelum ini turut disenarai dalam dokumen ‘Offshore Leaks’. Namun tidak dapat dipastikan sama ada kes SPRM itu berkaitan atau tidak dengan pendedahan berkenaan.

‘Offshore Leaks’ adalah pendedahan kebocoran maklumat sebanyak 130,000 akaun pesisir luar yang memperincikan maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir.

Sebelum ini beberapa bekas pemimpin turut disiasat SRPM berhubung dakwaan salah urus dana dan rasuah ketika pentadbiran kerajaan terdahulu. Antaranya termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau disiasat berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion ($660 juta) pada November 1997 yang membabitkan syarikat Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan parti Umno ketika parti itu mentadbir negara.


Susulan siasatan itu, SPRM pada 21 Disember menyita Menara Ilham, bangunan setinggi 60 tingkat di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, milik Tun Daim untuk siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >