Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ismail Sabri, keluarga Daim beri keterangan kepada SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ismail Sabri, keluarga Daim beri keterangan kepada SPRM

Jan 11, 2024 | 12:59 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah merakam keterangan mantan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan tiga anggota keluarga mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, masing-masing bagi membantu siasatan dua kes yang sedang dijalankan agensi itu.


Isteri kepada Tun Daim, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, serta dua anaknya, Encik Muhammad Amin Zainuddin dan Encik Muhammad Amir, dilaporkan selesai dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kira-kira 7.40 malam, 10 Januari.

SPRM menyatakan ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara.

Ia berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Tun Daim.

“SPRM ingin menjelaskan satu notis diserahkan kepada Tun Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun tahun lalu (2023), manakala notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

“Sebagaimana dinyatakan pada kenyataan media SPRM bertarikh 30 Disember lalu, siasatan terhadap Tun Daim bermula pada Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora.

“Siasatan terhadap aset milik Tun Daim juga masih terus berjalan.

“Selain itu, SPRM juga ingin memaklumkan sudah merakam keterangan Datuk Ismail Sabri bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta ($200.51 juta) yang dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan pada 10 Januari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada 30 Disember 2023, SPRM memaklumkan Tun Daim disiasat berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

Kertas Pandora ialah satu kebocoran data yang memetik pembukaan akaun luar pesisir yang melibatkan bekas dan pemimpin masa kini di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Beberapa ahli politik Malaysia dinamakan dalam kertas itu, yang dikeluarkan pada 2021.

Bagaimanapun sebelum itu, Tun Daim menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik yang bertujuan menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada umum.

Sementara itu, peguam kepada keluarga Tun Daim kesal kerana SPRM didakwa gagal menjelaskan kesalahan dilakukan anak guamnya.

Peguam, Encik Rajesh Nagarajan, mendakwa SPRM sekadar ‘memancing’ untuk mendapatkan maklumat dalam proses merakam keterangan kira-kira 10 jam itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >