Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak MB Perlis, bekas setiausaha politik didakwa buat tuntutan palsu, rasuah

May 23, 2024 | 1:10 PM
Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri (kiri), didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505 ($5,608) kepada kerajaan negeri Perlis, manakala Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang sekarang Ketua Pembangkang, dituduh menerima rasuah sebanyak RM350,000. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri (kiri), didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505 ($5,608) kepada kerajaan negeri Perlis, manakala Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang sekarang Ketua Pembangkang, dituduh menerima rasuah sebanyak RM350,000. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah. - Foto HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dan bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dihadapkan ke mahkamah pada 23 Mei, masing-masing atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima rasuah.

Di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, anak lelaki Menteri Besar Perlis, membuat pengakuan tidak bersalah bagi tuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM19,505.10 ($5,608) berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, pada 19 Februari.

Pemilik sebuah syarikat itu, yang juga menantu Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, minta dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah, lapor Harian Metro.

Dia didakwa berniat memperdayakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan memberi satu dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 14 Februari 2024, berjumlah RM19,505.10, atas nama Mohd Farid Abdul Hamid.

Dokumen berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk Raja Perlis di HTF itu didapati mempunyai butiran palsu. Mohd Syafeeq, 35 tahun, didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah menetapkan ikat jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, pasportnya diserah kepada mahkamah, dan 28 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bekas Setiausaha Politik Datuk Hamzah, yang kini Ketua Pembangkang, didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM350,000 bagi membantu syarikat mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2020.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42 tahun, membuat pengakuan tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan, Nexuscorp Group, Wan Azhar Mohamed Yusof, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan serta pembekalan alat ganti untuk peralatan prasarana, pelayan, perisian serta radio pengguna sistem RMPNET PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 Disember 2020 dan 16 Disember 2020.

Sayed Amir Muzzakkir juga dijangka dikenakan satu lagi dakwaan bagi kesalahan rasuah berjumlah RM350,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 24 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg