Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak temui rangka bapa, 4 tahun tak dengar khabar

Sep 11, 2024 | 11:56 AM
Rangka lelaki berusia 72 tahun ditemui anaknya yang datang untuk bertemu selepas empat tahun terputus hubungan.
Rangka lelaki berusia 72 tahun ditemui anaknya yang datang untuk bertemu selepas empat tahun terputus hubungan. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong di sini pada 5 September lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata rangka lelaki berusia 72 tahun ditemui anak lelaki mangsa yang datang untuk bertemunya selepas empat tahun mereka terputus hubungan.

Katanya, anak mangsa mendapati kediaman bapanya berkunci dan gagal dihubungi.

“Anak mangsa bertindak memecahkan pintu rumah berkenaan sebelum menemukan bapanya dalam keadaan hanya tinggal rangka.

“Difahamkan, bapa mangsa tinggal berseorangan selepas bercerai dengan ibu mangsa,” katanya dalam kenyataan pada 10 September.

Katanya, kali terakhir anak mangsa berhubung dengan bapanya pada 2020.

“Rangka mangsa kemudian diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan dan tempoh kematian sebenar mangsa tidak dapat dipastikan,” kata Encik Ahmad Sukarno.

Sementara itu, tular mesej di media sosial mengenai penemuan mayat warga emas itu yang dikatakan sudah tidak kelihatan sejak empat tahun lalu.

Dalam mesej yang tular mengatakan kejadian itu tidak disedari penduduk setempat kerana mangsa pernah memaklumkan kepada rakan dan penduduk mahu pulang ke kampung sebelum kehilangannya.

“Sehingga anak arwah datang mencari dan pihak bomba terpaksa mengumpil kunci untuk melihat keadaan rumah.

“Ramai terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui dan tiada bau busuk di kawasan berkenaan,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg