Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri JB

Aug 2, 2024 | 12:22 PM
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat. - Foto KOSMO!

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Daya, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya (AC) Raub Selamat, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku pada 9.16 malam 30 Julai, ketika penjaga kanak-kanak berkenaan sedang menunaikan solat.

Menurut beliau, kanak-kanak itu dilaporkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Hasil siasatan (didapati) mangsa bersama keluarganya baru selesai beriadah di kolam renang kediaman itu. Setelah mereka pulang rumah itu, ibu mangsa bersama ahli keluarga lain mengunjungi pusat dobi.

“Mangsa ditinggalkan dengan pasangan suami isteri berusia 56 dan 78 tahun yang juga merupakan ahli keluarga terdekat di unit kediaman itu. Kanak-kanak itu kemudian ditinggalkan bersendirian di ruang tamu ketika pasangan itu menunaikan solat.

“Selepas pasangan itu selesai solat, mereka mendapati kanak-kanak berkenaan tiada di ruang tamu dan dipercayai telah jatuh ke tingkat lapan daripada tingkap terbuka di sebuah bilik,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Kosmo!.

AC Raub berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, untuk bedah siasat.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 rumahnya di Putrajaya, ketika ditinggalkan sendirian apabila keluarganya menghantar kakaknya ke sekolah.

Sebelum itu pada April, seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Johor Bahru, juga ketika ditinggalkan sendirian ketika ibunya tidur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg