Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anggota polis FRU maut nahas di Perak: Pemandu lori direman empat hari

May 14, 2025 | 1:37 PM
nahas maut, M’sia, FRU
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei direman selama empat hari bermula 14 Mei. - Foto BERNAMA

TELUK INTAN (Perak): Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam di sini, pada 13 Mei direman selama empat hari bermula 14 Mei.

Perintah reman terhadap suspek berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penolong Pesuruhjaya Dr Bakri Zainal Abidin.

Terdahulu, lelaki berusia 45 tahun itu dihadapkan ke mahkamah pada kira-kira jam 8.50 pagi dengan berpakaian kemeja-T hitam dan seluar trek.

Sementara itu, Dr Bakri berkata kehadiran beliau sendiri di mahkamah pagi 14 Mei mencerminkan keseriusan pihak polis dalam menyiasat insiden itu yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita akan meneruskan siasatan melihat dari sudut aspek kecuaian manusia, isu-isu teknikal dan juga isu persekitaran yang boleh membantu siasatan.

“Daripada media sosial, saya telah memantau ramai saksi awam sebenarnya yang melihat kejadian sebelum dan semasa kejadian.

“Jadi, saya menggesa masyarakat, khasnya masyarakat Hilir Perak untuk membantu, menyalurkan maklumat yang boleh membantu siasatan kita,” katanya kepada media selepas selesai membuat permohonan reman pada 14 Mei, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi beliau sendiri di talian 017-8211326 atau tampil ke IPD Hilir Perak.

Lapan lagi anggota FRU kini menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan pemandu lori itu mempunyai rekod jenayah, termasuk sabitan merogol.

Terdahulu media melaporkan sembilan anggota FRU meninggal dunia dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam.

Kejadian berlaku ketika 18 anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh, menaiki lori dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg