Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Angkara putus cinta, warga emas simbah simen rumah teman wanita di M’sia

May 9, 2025 | 6:00 PM
Malaysia, warga emas, putus cinta, simen, mahkamah, denda
Ah Soi (kanan) keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas didenda RM2,000 ($608) kerana simbah simen rumah teman wanita. - Foto BHM

BATU PAHAT: Pekerja pengurusan mayat didenda RM2,000 ($608) oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mei selepas mengaku bersalah menyimbah simen ke rumah bekas teman wanitanya pada 5 Mei.

Ah Soi@Nah Ah Soi, 74 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan khianat dengan cara menyimbah simen ke rumah wanita warga emas berusia 63 tahun di Parit Besar, di sini, pada 11.57 pagi, 5 Mei lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mana penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu yang juga mangsa berada di rumah sewanya sekitar jam 12 tengah malam, beliau melihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tertuduh sedang menyimbah simen di hadapan dan belakang rumah.

Siasatan mendapati kejadian itu berlaku apabila tertuduh menuntut wang RM50,000 daripada mangsa yang digunakan untuk kerja mengubahsuai rumah bekas teman wanitanya.

Bagaimanapun, bekas teman wanita tertuduh sudah menjual rumah itu sebaik mereka memutuskan hubungan.

Tindakan itu menyebabkan tertuduh kecewa dan marah pada teman wanita sebelum bertindak mengambil simen lalu menyimbah ke rumah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Encik Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam bela Encik Tan Song Yan.

Selain hukuman denda, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayarnya.

Tertuduh kemudian membayar denda terbabit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg