Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar akan minta China tingkat import durian dari M’sia
Anwar akan minta China tingkat import durian dari M’sia
Anwar akan minta China tingkat import durian dari M’sia
TANGKAK (Muar): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar keluhan pekebun-pekebun durian khususnya di Johor yang kini perlu menjual buah itu pada harga terlalu murah susulan isu lambakan di pasaran.
Menurut Datuk Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), isu itu antara yang dibangkitkan pekebun-pekebun durian dalam siri jelajah kempen beliau selama dua hari sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dua hari lalu.
Sehubungan itu, katanya beliau akan menggunakan kesempatan bertemu Perdana Menteri China, Encik Li Qiang bulan depan supaya negara itu dapat mengimport lebih banyak durian dari negara ini.
“Minggu lalu Encik Li Qiang menulis surat dan menjemput saya berucap pada persidangan antarabangsa di negara itu.
“Bulan depan saya ke sana, saya sudah minta pekebun-pekebun durian di sini bungkus baik-baik hasil durian mereka supaya saya dapat berikan kepada Encik Li Qiang dan maklumkan kepada beliau bahawa ini adalah durian dari Johor.
“Saya akan minta dia (Encik Li Qiang) beli banyak sikit, jadi harga akan naik,” katanya ketika berucap pada ceraham mega PH di Dewan Undangan Negeri (Serom) di sini, pada 5 Julai.
Sementara itu, Datuk Anwar dalam nada sinis mempersoalkan sama ada lawan politiknya mampu untuk melakukan perkara sama untuk membantu pekebun-pekebun durian tersebut.
“Ini orang cakap banyak, ingat dia boleh buat ini? Beritahu saya, boleh kah runding dengan China, minta negara itu import durian lebih sikit?
“Suruhlah yang cakap banyak ini. Yang sombong-sombong ini. Suruh cakap dulu, boleh buat kah?” katanya lapor MalaysiaGazette.
Ketika ini, para pekebun durian khususnya di Johor dikatakan berdepan kerugian akibat lambakan raja buah itu di pasaran yang memaksa mereka menjual pada harga terlalu rendah.
Situasi itu dapat dilihat apabila hampir di kebanyakan kawasan di negeri ini, para peniaga dilihat menjual raja buah itu pada harga borong semata-mata bagi memastikan raja buah itu habis terjual.
