Anwar dijangka ketepikan ketua SPRM Azam Baki

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar dijangka ketepikan ketua SPRM Azam Baki

Mar 9, 2026 | 8:00 PM

Anwar dijangka ketepikan ketua SPRM Azam Baki

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Azam Baki, MACC, rasuah
Orang ramai memegang papan tanda yang menunjukkan gambar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, semasa bantahan meminta beliau meletak jawatan di luar ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada 27 Februari. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka menggugurkan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, apabila tempoh perkhidmatannya berakhir pada 12 Mei.

Demikian menurut sumber-sumber peringkat tinggi.

Perkara itu timbul apabila tuduhan penyalahgunaan kuasa terhadap agensi antirasuah dan ketuanya – yang bermula sejak beliau dilantik sebagai pengerusi SPRM pada 2020, dua tahun sebelum Datuk Anwar berkuasa – semakin meningkat sejak Februari lalu.

Menurut sumber kerajaan dan undang-undang yang tahu tentang keadaan itu, Tan Sri Azam tidak akan diberikan lanjutan perkhidmatan tahunan keempat kerana kerajaan kini berdepan tekanan untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap ketua antirasuah itu.

“PM telah berulang kali menegaskan kepada Kabinet dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Azam tidak akan disambung,” kata satu sumber rasmi kepada The Straits Times.

Laporan pada Februari 2026 – terutamanya daripada agensi berita Bloomberg yang berpusat di Amerika Syarikat – yang mendakwa SPRM selama bertahun-tahun telah menyalahgunakan kuasa untuk memeras dan memanipulasi tokoh korporat, telah mencetuskan kemarahan dan bantahan yang mendesak agar Tan Sri Azam digantung sementara menunggu siasatan.

Seruan itu turut datang daripada dalam pakatan Perdana Menteri sendiri iaitu Pakatan Harapan (PH). 

Mantan Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, yang sehingga Mei 2025 adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Anwar, hadir pada perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ di Kuala Lumpur pada 15 Februari lalu bersama beberapa Ahli Parlimen (AP) lain daripada parti itu.

Ini berlaku selepas berita bahawa Tan Sri Azam telah melanggar peraturan pemilikan saham bagi penjawat awam beberapa kali, termasuk pada Januari lalu, walaupun beliau telah mencetuskan kontroversi dengan kesalahan sama pada 2021. 

Keadaan itu memaksa kerajaan Malaysia melantik sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada Peguam Negara, Setiausaha Perbendaharaan, dan Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Namun, suara-suara dalam masyarakat dan ahli politik, termasuk daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendesak agar satu siasatan awam bebas dijalankan mengenai dakwaan ‘mafia korporat’ terhadap SPRM.

Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata pada 24 Februari bahawa “respons kerajaan adalah tidak mencukupi dan tidak memenuhi jangkaan awam”.

Partinya telah mengawalkan kongres kebangsaannya dari September ke Julai supaya perwakilan dapat membuat keputusan tentang masa depan DAP dalam pentadbiran Datuk Anwar, bergantung kepada sejauh mana pembaharuan telah dipercepat pada separuh pertama 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg