DAP gesa siasatan diraja terhadap salah laku agensi antirasuah M’sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DAP gesa siasatan diraja terhadap salah laku agensi antirasuah M’sia

Feb 25, 2026 | 7:46 PM

DAP gesa siasatan diraja terhadap salah laku agensi antirasuah M’sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Malaysia, antirasuah, SPRM, DAP, salah laku
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketuanya menjadi tumpuan kemarahan orang ramai menyusuli beberapa laporan media pada awal Februari. - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Sebuah parti utama dalam gabungan pemerintah Malaysia pada 25 Februari menggesa supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku terhadap agensi antirasuah negara itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketuanya menjadi tumpuan kemarahan orang ramai menyusuli beberapa laporan media pada awal Februari yang menuduh agensi itu, antara lain, telah melakukan salah laku dan melanggar undang-undang perkhidmatan awam.

Bloomberg melaporkan pegawai SPRM membantu sekumpulan ahli perniagaan untuk mengambil alih kawalan syarikat.

Agensi berita Reuters pula tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas, yang memetik dokumen dalaman dan temu bual dengan saksi.

SPRM menyifatkan dakwaan itu sebagai “tidak berasas”, dan dalam satu kenyataan pada 24 Februari, berkata ia merupakan cubaan untuk menjejas siasatan serta tindakan penguatkuasaannya dalam sektor korporat.

Namun, Parti Tindakan Demokratik (DAP), anggota penting dalam pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia akan mendesak supaya siasatan dijalankan terhadap dakwaan tersebut, sambil menyifatkan penafian SPRM itu sebagai “tidak mencukupi”.

“Mesti ada siasatan terhadap dakwaan yang dibuat, dan siasatan itu wajar dilaksanakan melalui sebuah RCI yang dilengkapi semua kuasa yang perlu bagi memastikan siasatan yang berkesan dan telus,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Encik Gobind Singh Deo, yang juga seorang Menteri Kabinet, dalam satu kenyataan pada 25 Februari.

Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau akan mencadangkan penubuhan RCI itu dalam mesyuarat Kabinet pada 27 Februari, menurut laporan media tempatan pada 24 Februari.

Pejabat Datuk Seri Anwar tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mengulas mengenainya.

Kerajaan sebelum ini menubuhkan sebuah jawatankuasa khas pada awal Februari bagi menyiasat ketua MACC menusuli laporan media berasingan yang mendakwa ada berlaku pelanggaran undang-undang pemilikan saham. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg