Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar harap kenaikan bantuan ‘tunai Rahmah’ akan ringankan beban rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar harap kenaikan bantuan ‘tunai Rahmah’ akan ringankan beban rakyat

Jan 29, 2024 | 02:27 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyuarakan harapan agar peningkatan ketara dalam pembayaran bantuan tunai (STR) Rahmah 2024 akan mampu meringankan beban rakyat.


Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata bayaran maksimum STR bagi kategori isi rumah meningkat lebih 66 peratus kepada RM500 ($142) daripada hanya RM300 pada 2023.

“Saya akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat. Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian.

“Kerajaan Madani beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi Madani.

“Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” katanya melalui kenyataan di media sosial pada 29 Januari.

Pada 26 Januari lalu, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut kementerian berkenaan, kerajaan menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 pada 2023 bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.

Kementerian itu memberitahu penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR fasa satu, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.


Orang ramai yang tidak tersenarai dalam pangkalan data STR juga diminta membuat permohonan bagi membolehkan proses pemeriksaan mengikut kategori kelayakan dimuktamadkan, selain dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan pautan tidak sahih dalam merujuk maklumat mengenai STR. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >