Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anwar ikrar perang ekstremisme agama, kemiskinan dalam ucapan kongres parti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar ikrar perang ekstremisme agama, kemiskinan dalam ucapan kongres parti

Nov 26, 2023 | 04:37 PM



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar untuk memerangi ekstremisme agama dan kemiskinan pada kongres tahunan partinya pada Sabtu.

Ia diadakan serentak ketika beliau menyambut ulang tahun pertama bergelar peneraju negara, lapor akhbar The Straits Times.


Mesyuarat dua hari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Putrajaya berlangsung buat kali pertama di tengah-tengah kritikan bahawa bekas parti pembangkang yang lama berkempen untuk reformasi itu lambat dalam melaksanakan perubahan yang dijanjikan sebagai parti pemimpin kerajaan Malaysia.

“Ada yang mengatakan kita terlalu lambat dalam melaksanakan reformasi. Ada yang mengatakan kita tidak cukup Islam. Saya ingin mengatakan bahawa kita mesti mengambil jalan sederhana dan pertengahan, dengan mengambil kira semua orang. Kita adalah negara Islam tetapi kita mesti memikirkan orang lain juga,” kata Datuk Anwar dalam ucapan perasmian kongres tersebut.

“Tidak mungkin semua masalah dapat diselesaikan dalam masa setahun,” katanya lagi.

Beliau juga berhujah tentang memerangi ketaasuban.

“Selagi kita berkuasa, kita tidak akan membiarkan huru-hara di negara ini atas nama bangsa dan agama,” jelas Datuk Anwar.

Pemimpin daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya daripada parti Barisan Nasional dan Borneo duduk di pentas yang sama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Beliau tidak menyebut nama, tetapi rujukan kepada kaum dan agama jelas disasarkan kepada gabungan pembangkang Melayu-Islam, Perikatan Nasional, yang sering persoalkan isu etnik.

Kerajaan perpaduan, jelas Datuk Anwar, sedang bergelut untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada majoriti Melayu-Islam Malaysia, tetapi perlu mengimbangi sebarang jangkauan terhadap mereka tanpa kehilangan pegangan padunya terhadap pengundi etnik Cina dan India.

Datuk Anwar, dalam ucapannya, juga berikrar untuk membasmi kemiskinan yang melarat dan membaiki sekolah serta klinik usang walaupun beliau kerap menerima aduan yang meningkat mengenai kadar inflasi yang tinggi.

Beliau berkata kerajaan bercadang untuk beralih kepada subsidi bersasar yang bertujuan membantu golongan miskin, dengan mengurangkan subsidi menyeluruh terhadap barangan seperti minyak petrol dan gas untuk kegunaan memasak, yang menurut kerajaan, memberi manfaat kepada rakyat Malaysia berpendapatan tinggi.

Pembukaan kongres pada Sabtu dihadiri 2,400 peserta, 50 diplomat dan lebih 1,000 pengamat.

Datuk Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022.

Namun, sejak itu, popularitinya merudum dengan ramai mengkritik reformasi yang dikatakan ‘merangkak’ perlahan serta kos sara hidup yang pesat meningkat di samping ekonomi yang lemah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >