Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Rombakan Kabinet M’sia pada Dis 2023?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rombakan Kabinet M’sia pada Dis 2023?

Nov 24, 2023 | 01:45 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang genap setahun pentadbiran pada Jumaat, membayangkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.


Ketika ditanya media bagi mengulas ramalan Kabinet bakal dirombak pada Januari 2024, Datuk Anwar menjawab:

“Kenapa Januari, bukan Disember?” katanya ringkas tatkala ditemui pada Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani di Putrajaya, pada Khamis malam, lapor Berita Harian Malaysia.


Ditanya pula mengenai prestasi jemaah menterinya selepas setahun mengemudi Kerajaan Perpaduan, beliau menzahirkan rasa syukur.

“Alhamdulillah kita sedaya upaya seluruh pasukan dan insya-Allah kita akan membaikinya (kekurangan). Dengan kekuatan baru kita akan melonjak lebih tinggi,” katanya.

Pada September 2023, Berita Harian Singapura melaporkan, perbincangan mengenai rombakan Kabinet kerajaan Perpaduan semakin rancak, dan sumber dalam kerajaan percaya perubahan pada barisan menteri akan berlaku, antara akhir September dengan awal Oktober.


Khabar di Putrajaya membayangkan perubahan itu akan menjadi kenyataan sebelum pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023. Bagaimanapun ia tidak berlaku.

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali kencang selepas program podcast ‘Keluar Sekejap’ dikendalikan mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin dan mantan Ketua Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Encik Shahril Hamdan yang menampilkan tetamu jemputan, mantan Ahli Parlimen Bangi, Encik Ong Kian Ming meramalkan ia akan berlaku pada Januari 2024.

Ketika ini, jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong susulan kematian penyandangnya, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai 2023.

Walaupun jawatan itu kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, ada pihak mahu portfolio berkenaan diisi pemimpin kanan daripada Amanah sebagai memenuhi kuota parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Malah, timbul desakan supaya Datuk Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, mewujudkan portfolio kedua bagi kementerian berkenaan untuk melancarkan lagi peranannya.

Datuk Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik ke jawatan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah pada 24 November 2022, lima hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pelantikan jawatan Perdana Menteri ketika itu menjadi sulit berikutan keputusan PRU15 menyaksikan tiada blok politik yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Gabungan PH hanya memenangi 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi 74 kerusi.

Datuk Anwar kemudian diumumkan sebagai Perdana Menteri selepas beliau mendapat sokongan Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 30 kerusi Parlimen.

Selepas setahun pentadbiran Datuk Anwar, pelbagai pihak menyifatkan beliau berjaya membawa kestabilan politik, merangka pemulihan ekonomi dan mengangkat nama Malaysia ke pentas dunia menerusi hubungan antarabangsa yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >