Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar: Pengundi luar perlu pulang, yang ada di Johor belum cukup untuk bantu PH menang
Anwar: Pengundi luar perlu pulang, yang ada di Johor belum cukup untuk bantu PH menang
Anwar: Pengundi luar perlu pulang, yang ada di Johor belum cukup untuk bantu PH menang
TANGKAK (Muar): Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan penyokong dan pengundi sedia ada di Johor belum mencukupi untuk memberikan kemenangan kepada gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Sehubungan itu, beliau, yang juga Perdana Menteri Malaysia, menggesa penyokong dan pengundi PH yang berada di luar Johor termasuk di Singapura pulang menjalankan tanggungjawab membuang undi pada Sabtu (11 Julai) ini.
Menurutnya, beliau memahami pada kebiasaannya peratusan keluar mengundi pada PRN adalah rendah disebabkan mereka yang bekerja di luar negeri enggan pulang.
“Kita suruh buat Ahad (PRN), mereka buat Sabtu. Kita (nak) buat akhir bulan, sudah dapat gaji, dia buat awal bulan.
“Ini pilihan raya bagi susah orang mengundi. Patut pilihan raya bagi orang senang mengundi. Tapi ini kenyataan,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di Serom, di sini pada 5 Julai.
Bagaimanapun, Datuk Anwar menegaskan, beliau yakin pengundi Johor termasuk yang berada di luar negeri itu mempunyai kesungguhan tinggi untuk membawa perubahan, lapor MalaysiaGazette.
Dalam masa sama, Datuk Anwar turut mengingatkan pengundi Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) dibenarkan menang PRN kali ini, ia akan melahirkan rasa ‘megah’ dalam parti itu untuk seterusnya mahu mengawal semula negara ini.
Beliau juga mendakwa PH diheret masuk ke dalam PRN Johor ke-16 antaranya supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dapat dibebaskan.
Selain itu, katanya BN juga membubarkan Kerajaan Negeri Johor kerana beranggapan cukup kuat untuk berkuasa semula.
“Pilihan raya tak perlu sekarang, dia (BN) paksa juga. Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Datuk Seri Najib.
“Saya, bersama rakan-rakan PH, diheret paksa masuk pilihan raya,” katanya.
Bagaimanapun, tegas Datuk Anwar, PH sebaliknya menyertai PRN Johor ke-16 dengan matlamat mahu memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Jelasya, menerusi kestabilan itu, usaha dapat ditumpukan bagi mengangkat martabat anak-anak bangsa Johor, memandangkan negeri ini serta Malaysia bukan miskin.
Dalam pada itu, Datuk Anwar turut menyifatkan keputusan BN mengadakan PRN Johor kerana mempunyai agenda lebih besar iaitu untuk kembali mengawal dan memerintah negara.
Tegasnya, beliau boleh membenarkan perkara itu berlaku sekiranya BN benar-benar jauh lebih baik daripada PH termasuk dari sudut menghentikan amalan rasuah.
“They want to control back the country. Okay. Tapi kalau control untuk apa? Ada dia cerita, we want to have satu negara yang lebih bersih. No corruption. Saya salute. Saya nak lebih bersih daripada Anwar. Saya mahu negara ini tak mahu ada rasuah.
“Kalau much better team (daripada PH) saya salute, silakan. Tapi kalau yang saya kenal (BN), no way! Tak boleh, jahanam ini negeri,” katanya.
