Topic followed successfully
Go to BHkuAnwar sedia runding dengan Zahid, elak PH-BN tembung di Johor
Anwar sedia runding dengan Zahid, elak PH-BN tembung di Johor
Perdana Menteri M’sia harap masalah dihadapi kededua pihak selesai secara baik demi kestabilan politik negara
May 18, 2026 | 4:42 PM
Anwar sedia runding dengan Zahid, elak PH-BN tembung di Johor
Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Johor di Program Perumahan Rakyat Taman Desa Mutiara pada 17 Mei. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membincangkan pendirian BN dan Pakatan Harapan (PH) Johor yang mahu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Beliau, yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi PH, berkata beliau masih berharap rundingan antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan secara baik, demi kepentingan bersama dan kestabilan politik negara.
Laporan berkaitan
Anwar: PH sedia lawan BN tanding semua kerusi di Johor, Negeri SembilanMay 17, 2026 | 7:16 PM
Lebih 2,000 mahasiswa Johor sertai program persediaan kerjaya JS-SEZMay 15, 2026 | 3:05 PM
