JOHOR BAHRU: Lebih 2,000 mahasiswa anak Johor menghadiri Arena Larkin, menyertai Program Ayuh Johor Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2026, yang menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat, peluang kerjaya, dan hala tuju ekonomi negeri yang cerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Encik Aznan Tamin, menyifatkan kehadiran luar biasa ini sebagai cerminan kesedaran tinggi generasi muda terhadap peranan mereka sebagai pemacu utama masa depan Johor.