Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar: Tragedi helikopter TLDM satu kehilangan besar buat M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Tragedi helikopter TLDM satu kehilangan besar buat M’sia

Apr 23, 2024 | 05:09 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tragedi malang yang mengorbankan 10 kru dan penumpang dalam satu nahas udara membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 23 April adalah satu kehilangan besar buat negara.


Sambil merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Datuk Anwar berkata negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter itu di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini. Tragedi ini ternyata memberi kesan mendalam kepada keluarga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan kehilangan besar buat negara,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya susulan berita duka itu.

Beliau juga memberi jaminan siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan, khususnya TLDM untuk mengenal pasti punca tragedi udara itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM turut menzahirkan rasa amat sedih atas tragedi helikopter itu serta menyifatkan ia satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara.

“Rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun TLDM ke-90. Takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tragedi menyayat hati itu ternyata memberi kesan kepada ahli keluarga mangsa yang meratapi kehilangan mengejut ahli keluarga.

Kakak kepada seorang mangsa, Cik Noryani Tamadun, 50 tahun, tidak menyangka gurauan adik bongsunya, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36 tahun, ketika bertemu pada 1 Syawal lalu adalah petanda mereka akan kehilangannya.

“Adik ada minta nak makan nasi, telur goreng dan ikan masin.. dia kata takut tak sempat makan selepas ini. Saya tak sangka gurauannya jadi kenyataan selepas arwah terbabit dalam nahas helikopter pagi tadi (23 April),” katanya.

Kakak sulung daripada empat beradik itu berkata kali terakhir mereka sekeluarga berkumpul adalah pada hari pertama Aidilfitri lalu, sebelum arwah pulang ke Sabah pada pagi raya kedua.

“Apabila Adik cakap takut tak sempat makan, hati saya terdetik kenapa dia cakap macam ini? Selain itu pada pagi Aidilfitri, dia ajak kami tiga beradik bergambar, walaupun seorang lagi adik perempuan yang bekerja sebagai polis di Pahang belum sampai.

“Arwah kata kita ambil gambar bertiga dulu, nanti takut ‘seorang hilang’, nanti Kakak balik (adik kerja polis) akan ganti, dia kata mungkin ini gambar terakhir kita. Hari ini semuanya terjawab,” katanya yang tinggal di Kampung Tanjung, Sik, Kedah, lapor Harian Metro.


Adik kepada Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang dikenali sebagai Alia, 27 tahun, pula berkata beberapa jam sebelum kejadian abangnya menghubungi ibu dan ayah mereka untuk bertanya khabar.

“Sudah menjadi rutin setiap hari mesti Abang akan telefon Ibu dan Ayah sebelum dia memulakan tugas dan tak sangka panggilan pagi tadi adalah yang terakhir.

“Kami tahu mengenai nahas itu menerusi media sosial sebelum terima panggilan daripada kakak ipar yang berada di kem berpangkalan di Sabah antara 9.30 hingga 10 pagi memaklumkan Abang (Muhammad Firdaus) antara mangsa terkorban,” katanya ketika ditemui di Pantai Jerjak, Georgetown, Pulau Pinang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >