Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Helikopter Maritim M’sia terhempas di Pulau Angsa, Selangor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Helikopter Maritim M’sia terhempas di Pulau Angsa, Selangor

Empat termasuk juruterbang selamat
Mar 05, 2024 | 03:15 PM



Sebuah pesawat helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang dalam latihan menyelamat, terhempas berhampiran Pulau Angsa, Selangor, pada pagi 5 Mac.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin, berkata bagaimanapun semua empat penumpang termasuk juruterbang terselamat dalam kejadian kira-kira 9.55 pagi itu.

Beliau berkata ketika kejadian, helikopter dengan nombor pendaftaran pesawat M72-01 itu melakukan pendaratan cemas di Perairan Pulau Angsa, ketika melakukan latihan menyelamat.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menerusi panggilan khidmat kecemasan, Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 oleh pemancing yang berada di sekitar tempat kejadian.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya pada 10.15 pagi sejurus dimaklumkan mengenai kejadian.

“Pesawat yang mendarat cemas diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria; Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi; bersama seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

“Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

“Semua kru AW139 diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangkan ke SUMS,” katanya dalam satu kenyataan pada 5 Mac.

Datuk Hamid berkata sebelum itu bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru yang terbabit.

“Seramai 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan KM Bagan Datuk juga diatur gerak ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian,” ujarnya.

Beliau berkata Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca kejadian.

“Maritim Malaysia juga mengucapkan terima kasih atas maklumat dan tindakan pantas daripada komuniti maritim yang membantu Carilamat. Operasi Carilamat telah ditamatkan oleh CAAM pada 11.15 pagi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata pihaknya tiada menerima sebarang panggilan kecemasan daripada helikopter AW139 yang dikendalikan Maritim Malaysia sebelum terhempas di Pulau Angsa.

Beliau berkata hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada 9.20 pagi.

“Helikopter berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, pada 9.10 pagi bagi latihan penerbangan.

“Namun tiada panggilan kecemasan diterima. Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi helikopter,” katanya dalam kenyataan pada 5 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >