Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 terkorban apabila 2 helikopter tentera laut M’sia terhempas di Perak

Apr 23, 2024 | 12:34 PM
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung sebelum terhempas di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pada 23 April.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung sebelum terhempas di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pada 23 April. - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Kuala Lumpur: Seramai 10 kru dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung sebelum terhempas dalam kejadian di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pada 23 April.

TLDM dalam satu kenyataan segera mengesahkan kededua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan, Perak, pada 9.03 pagi sebelum terhempas semasa latihan Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi.

“TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter Fennec TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90.

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

“Semua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata kenyataan itu pada 23 April.

TLDM akan turut menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg