Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Anwar umum larangan ke atas kapal dagang Israel berlabuh di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar umum larangan ke atas kapal dagang Israel berlabuh di M’sia

Dec 20, 2023 | 03:38 PM



Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan Zim, yang berpangkalan di Israel, daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat berkenaan, berkuatkuasa empat minggu dari 20 Disember.

Beliau berkata sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi serangan dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

“Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk berlabuh di Malaysia.

“Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada 20 Disember.

Pada masa yang sama, Datuk Anwar berkata Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara itu.

“Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Datuk Anwar menambah bahawa Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Pada 19 Disember, pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurut BDS Malaysia melalui satu hantaran Instagram pada 19 Disember, kapal dimiliki syarikat perkapalan Israel, Zim Shipping, itu dijadualkan berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang, pada 26 Disember ini.

Sebelumnya, Datuk Anwar, dalam satu wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei, pada 17 Disember, menegaskan muak dengan sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.


Datuk Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dikendalikan wartawan Encik Norman Goh, di luar Sidang Puncak Peringatan Asean-Jepun, yang disiarkan di Nikkei Asia yang juga penerbitan utama Nikkei, Inc. dan akhbar kewangan terbesar di dunia.

“Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.

Kumpulan Houthi di Yaman sebelum ini merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah dan melancarkan serangan peluru berpandu serta pesawat tanpa pemandu ke atas kapal dagang Israel sebagai bantahan terhadap serangan tentera Zionis ke atas Gaza, sejak 7 Oktober lalu.

Media antarabangsa melaporkan sejauh ini lebih 1.8 juta warga Palestin di Gaza dilaporkan hilang tempat tinggal dan lebih 19,700 penduduk di wilayah konflik itu, majoritinya kanak-kanak dan wanita, dibunuh tentera Israel dalam serangan udara dan darat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >