Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Atlet kayak M’sia cedera parah dilanggar pemandu mabuk

May 15, 2024 | 1:08 PM
Atlet kayak Malaysia, Cik Siti Nurul Masyitah Elias (gambar sisipan), cedera parah selepas  motosikal yang ditungganginya dikatakan dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh kereta yang dipandu seorang  lelaki yang dipercayai mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor Bahru pada 11 Mei.
Atlet kayak Malaysia, Cik Siti Nurul Masyitah Elias (gambar sisipan), cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dikatakan dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johor Bahru pada 11 Mei. - Foto FACEBOOK NGO KHIDMAT MALAYSIA

JOHOR BAHRU: Atlet kayak Malaysia, Cik Siti Nurul Masyitah Elias, mengalami cedera parah selepas dikatakan dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai mabuk di Johor Bahru.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) arah ke Southkey pada 11 Mei.

Cik Siti Nurul Masyitah, 22 tahun, pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor, kini dirawat di Hospital Colombia Johor Bahru.

Kejadian itu disahkan oleh Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan dalam satu kenyataan pada 14 Mei.

“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka), kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah, yang menunggang motosikal, dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

“Mangsa sering berulang-alik antara Politeknik Ibrahim Sultan dan rumahnya bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

“Ibu beliau mengalami masalah tulang belakang akibat kemalangan, manakala bapanya tidak sihat dan memerlukan rawatan dialisis.

“Mohon doakan agar Cik Siti Nurul Masyitah dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” ujar persatuan itu, lapor Sinar Harian.

Melalui hantaran yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa gambar kemalangan yang dikongsi, termasuk foto seorang lelaki yang dikatakan adalah pemandu tersebut suspek sedang membuat isyarat ‘peace’ (berdamai).

Pelajar semester enam itu seorang atlet kayak dan perahu naga Malaysia yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2023.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg