Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Badan cegah rasuah akan siasat AP pembangkang sokong Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Badan cegah rasuah akan siasat AP pembangkang sokong Anwar

Nov 17, 2023 | 01:46 PM



JAKARTA: Empat Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dakwaan rasuah, selepas mereka mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata AP terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima laporan penuh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan siasatan.

“Buat masa ini kita tunggu laporan (daripada polis) siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023 di Jakarta pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata laporan polis terhadap keempat-empat AP berkenaan dibuat pada 13 November dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu pada elemen rasuah.







Pada 14 November, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis dan SPRM bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan kononnya terdapat unsur umpan, habuan dan ugutan berkaitan sokongan beberapa AP pembangkang terhadap Perdana Menteri.

Empat AP Perikatan Nasional daripada Bersatu – Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Encik Zahari Kechik (Jeli) – menyatakan pendirian menyokong Datuk Anwar, menyebabkan timbul dakwaan sokongan itu ada unsur rasuah.

Sementara itu, Tan Sri Azam berkata SPRM akan mendedahkan laporan sementara berhubung siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi rakyat Palestin,Aman Palestin Bhd, kerana didakwa wujud ketidakaturan dalam kegiatan pengumpulan dermanya.

“Beri tempoh pada SPRM siasat dan minggu depan laporan interim akan dikeluarkan kerana adalah penting untuk orang ramai tahu,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dan pegawai forensik SPRM juga sedang meneliti dokumen yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Mengenai laporan polis yang dibuat ekoran tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa agensi itu dikawal kerajaan, Tan Sri Azam berkata ia adalah tohmahan liar dan tidak berasas.

“Kes Yang Berhormat Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai.

“Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >