Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banjir di M’sia: Pemuda Kelantan kongsi trend ubah suai motosikal jadi macam bot

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir di M’sia: Pemuda Kelantan kongsi trend ubah suai motosikal jadi macam bot

Dec 21, 2023 | 06:38 PM



BACHOK: Saban tahun, musim tengkujuh dan monsun sering menyebabkan beberapa wilayah pantai timur semenanjung Malaysia mengalami banjir teruk.

Meskipun jalan raya ditenggelami air, ia bukan masalah bagi penduduk di situ yang kelihatan mereda hkawasan sedemikian dengan motosikal yang diubah suai dan tidak menyebabkan kerosakan kepada kenderaan tersebut.

Malah ia bukan sesuatu perkara pelik, seperti dalam platform media sosial TikTok, di mana ramai pemuda kelihatan kerap mengongsi video mereka melalui kawasan banjir menggunakan motosikal yang telah diubah suai itu.

Beberapa video yang dilihat dirakam dalam kawasan terpencil di Kelantan, juga menunjukkan paras air mencecah hingga melebihi tempat duduk motosikal.

Namun motosikal mereka itu bergerak sahaja tanpa sebarang masalah!







“Bila tiba musim banjir tu, sel otak saya berhubung terus, dan terus berfikir bang,” kata Encik Khairul Anwar, 20 tahun, seorang penduduk dari Bachok, Kelantan ketika ditanya apakah pengubah suaian motosikal itu merupakan satu kebiasaan bagi penduduk di sana.

“Pengubah suaian ini kita boleh buat sendiri saja,” tambahnya apabila dihubungi menerusi TikTok.


Dalam satu rakaman video yang dikongsinya, beliau kelihatan menunggang motosikalnya yang dilengkapi botol platik berisi petrol, bersama seorang lagi teman yang turut menunggang motosikal bersebelahannya, di kawasan banjir dikelilingi pokok.

Botol berisi minyak itu kemudian dilengkapkan pada bahagian enjin yang diubah suai itu untuk menggerakkan motosikal mereka.

Dalam satu video berasingan, kelihatan ia seolah merupakan urusan biasa-biasa sahaja apabila Encik Khairul melepasi beberapa penunggang motosikal lain dari arah bertentangan yang meredah kawasan yang ditenggelami air hasil pengubah suaian yang sama pada kenderaan masing-masing.







Tidak pasti bila kaedah ubah suai motosikal itu kali pertama dicipta. Tinjauan Berita Harian menerusi media tempatan mendapati ia mendapat liputan seawal 2017.


Pada hujung 2019, dua orang pemuda Terengganu, mendapat perhatian pelbagai media tempatan dan antarabangsa apabila kaedah ubah suai pada motosikal mereka membolehkan kenderaan tersebut meredah banjir menjadi tular.

Pengubah suaian itu kelihatan persis yang dilakukan pada motosikal milik Encik Khairul itu.

Ia melibatkan botol plastik dan sebatang paip yang menggantikan tangki minyak, serta saluran udara dan minyak yang dipasang pada karburetor – kaedah bagi mencampurkan angin dan minyak bagi tujuan menyalakan enjin.

Paip ekzos juga diubah, agar hujung paip ekzos itu diletakkan di tempat lebih tinggi agar tidak dimasuki air.







Menurut kedua-dua pemuda itu ketika diwawancara media, pengubah suaian tersebut hanya mengambil sekitar dua jam sahaja untuk siap sepenuhnya.

Encik Khairul ketika dihubungi menerusi TikTok menambah, trend berkenaan popular di wilayah pantai timur semenanjung, khususnya Kelantan dan Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir musim hujan hujung tahun.


Dalam pada itu, akhbar ini telah melaporkan pada 18 Disember keadaan banjir di Kelantan semakin runcing hingga menjejas lebih 5,000 mangsa.

Tinjauan BH di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 4.45 petang, 21 Disember, mendapati kini terdapat 2,824 mangsa terdiri daripada lebih 800 keluarga, dan sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) sedang beroperasi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di bandar-bandar di pantai timur Kelantan dan Terengganu petang 21 Disember.

Selain menggunakan botol plastik sebagai tangki minyak, ada juga pengguna di TikTok yang menunjukkan kaedah ubah suai lain, seperti menggunakan tiub mesin basuh sebagai menggantikan paip saluran angin.


Pengguna bernama mang_motor, dari Rantau Panjang, menunjukkan beberapa bahan, termasuk tiub mesin basuh itu, dan minyak gris, palam pencucuh atau ‘spark plug’, dan alat pelengkap lain dan menamakannya sebagai “alat musim banjir”.







Susulan itu, kaedah tersebut antara lain telah menerima pujian positif daripada ramai warga net yang menyatakan ia merupakan daya kreativiti penduduk dalam mencari huraian semasa bencana seperti banjir.

Seorang mekanik yang memiliki sebuah bengkel di Kuala Lumpur, Encik Kenny Lee berkata pengubah suaian sedemikian bukan satu huraian yang selamat.

“Penggunaan botol plastik sebagai takungan minyak itu sendiri boleh mendatangkan beberapa bahaya,” jelasnya.

“Tapi ini pendapat saya sahaja, saya tak rasa kaedah sebegini satu cadangan yang selamat. Mungkin sebab keadaan banjir, mereka (penduduk) terpaksa berbuat demikian supaya motosikal itu tetap boleh bergerak meskipun dalam air.

“Selagi ada bahan (minyak dan angin) masuk dalam enjin, itu bermakna ada bahan untuk dibakar (dalam karburetor), jadi sebab itu ia boleh gerak dalam air,” tambah Encik Lee yang baru pulang ke tanah air daripada jelajah dunia dengan menaiki motosikalnya baru-baru ini.


Video penuh ubah suai motosikal sedemikian boleh ditonton di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >