Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir: Kementerian Pendidikan M’sia gerakkan 2 pasukan bantu pelajar terkandas

Sep 24, 2024 | 2:30 PM
Pelajar yang terjejas akibat banjir mengikuti pembelajaran yang diadakan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah ketika tinjauan banjir di Alor Setar.
Pelajar yang terjejas akibat banjir mengikuti pembelajaran yang diadakan di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah ketika tinjauan banjir di Alor Setar. - Foto BERNAMA

TANJONG KARANG (Selangor): Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) bagi membantu murid yang terkandas di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kedah dan Perak.

Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, berkata dua pasukan berkenaan yang dianggotai kumpulan guru antara lain berperanan memberi bantuan dari aspek psikososial dan kaunseling serta memberi bantuan pembelajaran kepada murid yang terlibat banjir.

“Setakat pagi ini, sebanyak 677 murid masih berada di PPS, kebanyakannya di Kedah iaitu 670 orang, manakala di Perak tujuh orang.

“Saya sendiri berkesempatan melawat ke beberapa PPS di Kedah semalam (23 September) untuk meninjau sendiri operasi di institusi KPM dijadikan PPS serta keadaan murid dan keluarga mereka yang berada di sana,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hab Sains Teknologi dan Matematik (STEM) Program Duta Guru (PDG) Yayasan Petronas di sini pada 24 September, lapor Harian Metro.

Setakat 8 pagi 24 September, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit kepada 6,809 mangsa daripada 2,171 keluarga yang ditempatkan di 33 PPS di empat daerah.

Ini berikutan kebanyakan mangsa tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan ‘banjir temenung’ ketika ini, lapor Berita Harian Malaysia.

Empat daerah masih terjejas banjir adalah di Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hujan lebat dan fenomena air pasang besar bertembung menjadi punca berlakunya banjir besar terutama di daerah Kota Setar yang menjejaskan lebih 8,000 mangsa di seluruh Kedah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg