Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir di Kedah belum surut selepas seminggu

Sep 23, 2024 | 2:06 PM
Keadaan kawasan sekitar Alor Melintang, dekat Sungai Baru di sini yang masih ditenggelami banjir.
Keadaan kawasan sekitar Alor Melintang, dekat Sungai Baru di sini yang masih ditenggelami banjir. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah belum surut selepas seminggu, malah bilangan mangsa meningkat semula kepada 8,017 orang daripada 2,594 keluarga di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat pagi 23 September.

Jumlah itu meningkat berbanding 7,961 mangsa daripada 2,577 keluarga di 37 PPS di lima daerah di negeri itu pada malam 22 September.

Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM), PPS di lima daerah yang masih aktif adalah di Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

Daerah Kota Setar terus mencatatkan pertambahan mangsa banjir iaitu seramai 5,390 mangsa daripada 1,786 keluarga di 19 PPS berbanding 5,334 mangsa daripada 1,769 keluarga yang dilaporkan malam 22 September.

Selain itu, mangsa banjir di 10 PPS daerah Pendang masih kekal seramai 1,604 mangsa daripada 488 keluarga, lapor Berita Harian Malaysia.

Daerah Kubang Pasu juga kekal kepada 671 mangsa daripada 217 keluarga seperti sebelum ini dan mangsa banjir di Pokok Sena juga tidak berubah dan mencatatkan seramai 233 mangsa daripada 77 keluarga setakat ini.

Selain itu, daerah Bandar Baharu juga mencatatkan jumlah mangsa masih kekal iaitu 119 mangsa daripada 26 keluarga.

Laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai di daerah Kota Setar terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya dengan trend menaik.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman.

Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah Kota Setar pula masih melepasi paras amaran setakat ini manakala Sungai Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu sudah melepasi paras waspada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg