Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank di M’sia sekat RM383j urus niaga palsu sepanjang 2023

Mar 8, 2024 | 12:53 PM
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Membanteras Penipuan Kewangan, Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), Datuk John Chong.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Membanteras Penipuan Kewangan, Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), Datuk John Chong. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan di Malaysia berjaya menghalang urus niaga mencurigakan dan penipuan bernilai RM383 juta ($109.23 juta) dari Januari hingga Disember 2023.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Membanteras Penipuan Kewangan Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), Datuk John Chong, berkata pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, berkata pelaksanaan pelbagai langkah keselamatan, mengetatkan parameter pemantauan penipuan dan kawalan penipuan yang dipertingkatkan, terus menghasilkan momentum positif dalam memerangi urus niaga yang mencurigakan dan penipuan.

“Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat pengurangan 58 peratus urus niaga perbankan dalam talian tanpa kebenaran yang dilaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam tempoh lima bulan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Chong berkata pihak bank telah melaksanakan lima langkah utama yang dicadangkan BNM untuk memerangi penipuan sejak Julai 2023.

Lima langkah utama itu adalah beralih daripada kata laluan sekali (OTP) SMS, mengetatkan peraturan pengesanan penipuan bank, membenarkan hanya satu peranti mudah alih atau peranti selamat didaftarkan, pengesahan dan tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama e-perkhidmatan perbankan atau peranti selamat dan saluran aduan khusus untuk pelanggan yang beroperasi 24 jam.

“Dalam usaha kami menangani penipuan kewangan secara holistik pada skala lebih luas, bank akan melaksanakan langkah menangani penipuan yang serupa untuk segmen perbankan bukan runcit dalam beberapa bulan akan datang, di bawah bimbingan BNM.

“Kami akan menguatkuasakan pengesahan berbilang faktor (MFA) yang kukuh dan tempoh bertenang untuk sebarang pengaktifan MFA bagi peningkatan had pemindahan pihak ketiga dengan penghantaran pemberitahuan kepada pelanggan yang tepat pada masanya,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg