Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pendeposit Tabung Haji M’sia hilang wang simpanan angkara ‘scammer’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pendeposit Tabung Haji M’sia hilang wang simpanan angkara ‘scammer’

Mar 07, 2024 | 01:27 PM



MELAKA: Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia diarah memperkukuh sistem keselamatan perkhidmatan digitalnya, THiJARI, selepas terdapat kes wang pendeposit lesap akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata TH sudah membuat laporan polis berkenaan kes membabitkan aplikasi THiJARI dan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama saya sudah arahkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, (Syed Hamadah Syed Othman), memperkukuhkan lagi sistem keselamatan THiJARI dalam memastikan simpanan pendeposit terjamin.

“Itu jaminan TH, namun kita tak mampu lakukan ini sendirian sekiranya masyarakat, khususnya pendeposit TH, tidak ambil pendekatan berhati-hati terhadap sindiket penipuan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


TH dalam satu kenyataan pada 6 Mac mengesahkan seorang pendepositnya menjadi mangsa penipuan dengan sejumlah RM12,000 ($3,405) wangnya dalam akaun TH dipindahkan melalui lima transaksi dalam tempoh empat hari.

TH berkata pihaknya sudah mengambil langkah proaktif dengan membekukan akaun mangsa bagi mengelakkan berlaku kerugian lebih besar.

Beliau berkata tindakan itu dilakukan tiga hari sebelum mangsa membuat aduan, selepas TH mendapati terdapat transaksi mencurigakan.

“TH juga sedang melakukan siasatan berhubung kejadian itu, malah mangsa juga sudah membuat laporan polis dan TH akan sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam sebarang siasatan ke atas kes penipuan siber itu,” katanya.

Pada 7 Mac pula, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak 2018.

Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari Datuk Jabidah Monseri, 66 tahun, pada 30 November 2023.

Datuk Jabidah berkata beliau hampir pengsan apabila semakan di pejabat TH di Jalan Satok, Kuching, Sarawak, untuk mengemas kini buku akaunnya mendapati akaunnya hanya berbaki RM1,816.74 sedangkan wang di dalam akaun itu sepatutnya lebih RM31,000.

Datuk Jabidah kemudian membuat laporan di Balai Polis Gita, Kuching, pada 1 Disember 2023, bagi menuntut TH mengambil tindakan terhadap kes kehilangan wang itu.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila hingga kini tiada sebarang makluman diterimanya daripada TH meskipun sudah tiga bulan laporan dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >