Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa kepada kanak-kanak cedera akibat mercun akan didakwa

Mar 28, 2025 | 12:52 PM
Jika disabit kesalahan, bapa kanak-kanak yang cedera akibat mercun boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan; serta denda  sehingga RM50,000 ($15,130) atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak-kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal.
Jika disabit kesalahan, bapa kanak-kanak yang cedera akibat mercun boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan; serta denda sehingga RM50,000 ($15,130) atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak-kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal. - Foto PIXABAY

JITRA (Kedah): Bapa kepada dua kanak-kanak yang cedera akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Padang Terap, Kedah pada Selasa, bakal dikenakan tindakan mahkamah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata ketika ini, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas menahan lelaki berusia 30 tahun itu pada 24 Mac, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata lelaki terbabit sudah dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama selepas kenyataannya diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-kanak Berbahaya 2001, yang jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.

“Manakala denda boleh dikenakan sehingga RM50,000 ($15,130) atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak-kanak berada dalam situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah pada 27 Mac.

Datuk Fisol berkata selain kes terbabit, satu lagi kejadian berlaku di daerah Kubang Pasu iaitu bermain bunga api sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran sebuah premis barangan plastik pada 16 Mac.

Dalam kejadian 8.15 malam pada Selasa lalu, dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun melecur akibat bermain mercun bola di hadapan rumah mereka di Kampung Baru, daerah Padang Terap.

Berikutan itu, satu laporan polis diterima pada 20 Mac daripada pegawai perubatan Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berhubung kejadian itu sekitar 9.30 malam.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu hilang semua jari sehingga pergelangan tangan kiri, manakala bahagian bawah pipi kanannya pula terkoyak.

Bagaimanapun adiknya hanya mengalami kelecuran sedikit di bahagian badan dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg