Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bau busuk rupanya mayat bayi baru lahir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bau busuk rupanya mayat bayi baru lahir

Nov 07, 2023 | 05:14 PM



KOTA KINABALU: Seorang pekerja tidak menyangka bau busuk dari tandas sebuah bilik inap desa di Aeropod, Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah, datang daripada mayat seorang bayi.


Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu cukup sifat. Dia ditemui di bahagian belakang tangki tandas oleh pekerja berkenaan kira-kira 2.30 petang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Penolong Pesuruhjaya (AC) Mohd Zaidi Abdullah, berkata mayat bayi berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita yang menginap di situ.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemui bungkusan plastik di ruang bahagian belakang tangki tandas.

“Dalam plastik itu ditemukan mayat bayi lelaki yang sempurna sifatnya, yang dipercayai baru dilahirkan. Mayat itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE) bagi menjalani bedah siasat,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Selasa.


Menyusuli penemuan mayat bayi berkenaan, AC Mohd Zaidi berkata pihaknya sedang mengesan wanita berusia 20 tahun yang mendaftar masuk ke inap desa itu.

“Wanita itu dipercayai mendaftar masuk tiga hari sebelum penemuan mayat bayi terbabit. Kami memohon kerjasama orang ramai untuk membantu polis seandainya mempunyai maklumat atau mengenali suspek kes ini,” katanya.

AC Mohd Zaidi berkata pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 0111-2939436.


Dalam satu kes berasingan di Besut, Terengganu, mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan lebih dari 48 jam, ditemui dalam plastik dalam tandas di sebuah surau perumahan awam di Kampung Pengkalan Nyireh pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden (SP) Abdul Rozak Muhammad, berkata mayat bayi perempuan berkenaan ditemui selepas seorang wanita yang ke tandas di surau berkenaan terhidu bau busuk.

“Saksi bersama seorang rakan pergi ke tandas dan mendapati bau berkenaan datang dari tandas tengah dengan sebuah baldi merah dalam keadaan terlungkup.

“Saksi membuka baldi berkenaan sebelum melihat mayat bayi dalam bungkusan plastik lalu memberitahu ahli jawatankuasa surau untuk dimaklumkan kepada polis kira-kira 11 pagi Isnin,” katanya lapor BHM pada Isnin.


SP Abdul Rozak berkata bahagian Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang ke tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan cukup sifat dengan tali pusat sudah dipotong dan tanpa uri.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >