Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas Adun Perak dipenjara 8 tahun dengan 2 sebatan sabit rogol pembantu rumah

Mar 1, 2024 | 12:46 PM
Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong atas kesalahan merogol pembantu rumahnya pada 2019.
Mahkamah Rayuan mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong atas kesalahan merogol pembantu rumahnya pada 2019. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 1 Mac mengurangkan hukuman penjara kepada lapan tahun dan mengekalkan dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Perak, Paul Yong Choo Kiong, kerana merogol pembantu rumahnya, pada 2019.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dengan majoriti 2-1 diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Hakim Datuk Azman Abdullah yang menolak rayuan Paul selaku perayu, manakala Datuk SM Komathy menentang keputusan majoriti.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan dua sebatan terhadap Paul selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun.

Pada 30 Januari lalu, panel terbabit selesai mendengar hujahan peguam bela, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Paul dan pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Encik Fuad Abdul Aziz.

Datuk Hisyam dalam hujahnya menyatakan anak guamnya diprejudiskan apabila tidak diberi peluang untuk berdepan dengan mangsa yang juga bekas pembantu rumahnya warga Indonesia.

Katanya, hakim perbicaraan terkhilaf apabila mengguna pakai Seksyen 265 Kanun Tatacara Jenayah bagi melindungi identiti mangsa adalah tidak wajar dalam kes ini kerana daripada awal lagi identiti mangsa telah didedahkan dalam kertas tuduhan.

Sementara itu, Encik Fuad yang mewakili pendakwaan menghujahkan bahawa walaupun pihak pembelaan tidak dapat melihat wajah mangsa, namun mereka masih boleh menyoal balas mangsa.

“Walaupun pihak-pihak lain tidak dapat melihat tingkah laku, mimik muka atas keadaan mangsa ketika memberi keterangan, namun hakim bicara dapat melihatnya.

“Penilaian yang dibuat oleh hakim bicara telah mengambil kira segala fakta termasuk tingkah laku mangsa,” kata pendakwa raya itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada 27 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed, mendapati Paul bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia itu di dalam bilik di rumahnya dekat Ipoh, Perak, antara 8.15 malam dengan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Ketika memberi keterangan membela diri secara bersumpah, Paul menyatakan bahawa dakwaan rogol itu adalah satu konspirasi politik bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan kelebihan tiga undi.

Turut dipanggil sebagai saksi pembelaan ialah isterinya, Cik Too Choon Looi, dan bapa saudara mangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg